.... KENAIKKAN KOS GAYA HIDUP YANG LEBIH PERLU DISUNGUTKAN | AAKJ



Hingga hari ini, masih lagi diperkatakan tentang kenaikan kos sara hidup. Baru-baru ini, ada juga diperkatakan tentang kenaikan kos sara hidup yang menjadi rintihan rakyat, seolah-olah sudah putus asa untuk menjelaskan kepada masyarakat saja mengenai isu ini.

Isu kos kenaikan sara hidup bukanlah satu isu baru. Isu ini sebenarnya telah lama diperkatakan zaman berzaman. Malah, boleh dikatakan hampir setiap dekad dan zaman, ia diperkatakan. Kenaikan harga barang berlaku di zaman semua Perdana Menteri yang pernah mentadbir negara.

Isu kenaikan harga barang merupakan isu biasa dan ia berlaku hampir setiap dekad. Dalam masa yang sama, ia akan menjadi bahan kempen pihak pembangkang untuk menghentam kerajaan yang kononnya gagal mengawal harga barang.

Setahu penulis, negara kita mengamalkan sistem ekonomi campuran. Dalam sistem ini, harga barang keperluan dikawal oleh kerajaan. Manakala barangan kehendak sama ada barangan murah, sederhana dan mewah, harganya ditentukan oleh pasaran melalui konsep penawaran dan permintaan.

Rasanya, tidak perlulah dihuraikan tentang konsep ‘demand and supply’ itu. Ia konsep yang terlalu asas dan amat mudah difahami. Kepada yang tidak tahu, eloklah kembali ke sekolah dan belajar semula sebelum bercakap soal ekonomi. *#Tabbayun sebelum #TibaiYun*..

Kembali kepada isu kenaikan kos sara hidup, penulis berpandangan bahawa yang benar-benar terkesan dengannya adalah golongan miskin tegar di negara ini. Hanya mereka saja yang difikirkan layak untuk mendakwa terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

Kenapa? Kerana kita semua tahu tentang keperitan golongan miskin tegar ini menghadapi kenaikan kos sara hidup. Benarlah mereka masih mampu makan, namun mereka tidak mampu untuk memiliki telefon pintar dan data internet. Beli beras lebih utama bagi mereka. Pasti kita semua pernah rasainya!

_*Tapi masalahnya, yang lebih-lebih merungut tentang kenaikan kos sara hidup ini majoritinya adalah mereka yang sederhana dan mampu, tapi berlagak susah macam makan sehari sekali sahaja. Cuba lihat bagaimana mereka merintih di media sosial. ‘Orang miskin’ apa jika mampu bertelefon bimbit, berdata internet dan bercuti tidur di hotel?*_

Maka kerana itulah ramai penganalisis yang menegaskan bahawa meskipun berlaku kenaikan kos sara hidup, namun ia tidak seserius masalah kos kenaikan gaya hidup di kalangan golongan sederhana dan mampu tapi berlagak miskin itu.

Baca lagi di sini: https://goo.gl/ryD3ie
CC MYKMU.NET

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top