.... Jumlah Kerugian Sebenar Forex Bank Negara | AAKJ




Setelah lebih 20 tahun mempersoalkan kerugian forex Bank Negara pada awal 90-an harini akhirnya Lim Kit Siang (林吉祥), CM Lim Guan Eng, DAP dan pembangkang lain akhirnya mengetahui jumlah kerugian sebenar yang ditanggung Bank Negara.

Suruhanjaya Diraja menyiasat kerugian Bank Negara menemui bahawa:

1. Bank Negara kerugian RM31.5 billion daripada tahun 1992 sehingga 1994.

2. Perdana Menteri pada masa itu (Dr. Mahathir bin Mohamad) telah memberi lampu hijau kepada Menteri Kewangan (Anwar Ibrahim) untuk memberi kenyataan yang mengelirukan jemaah menteri.

3. Bank Negara dengan sengaja menyembunyikan kerugian dengan memindahkan saham ke dalam akaun mereka melalui kenaikan harga saham tersebut.

4. Pecah amanah dilakukan oleh Mahathir, Anwar, Daim, Nor Yakcop, pegawai Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit mengesyorkan mereka disiasat lanjut oleh polis

Sepatutnya orang yang paling gembira adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP tetapi hari ini mereka senyap sunyi.

Begitulah hipokritnya mereka ini. Hanya kerana Mahathir kini berada di sebelah mereka, kerugian lebih RM30 billion bukan lagi isu bagi mereka. RM30 billion pada awal 90an, nilainya pada tahun 2016 (menganggap inflasi tahunan 3%) adalah RM59 billion.

Bank Negara membayar dividen tahunan kepada kerajaan. Jika Bank Negara tidak kerugian RM31.5 billion ini sudah tentu dividen yang lebih tinggi boleh dibayar kepada kerajaan untuk digunakan membiayai perbelanjaan pembangunan negara.

Kiralah sendiri berapa banyak sekolah, hospital, jalanraya boleh dibina pada awal 90an dengan RM31.5 billion.

Selain DAP yang hipokrit, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pendebat terbaik Asia pula sibuk nak kata kes forex ini hanya melibatkan KERUGIAN sahaja.

Budak mentah tak pernah ada kerja sebenar dalam hidup ni tak faham bahawa skandal forex ini bukan hanya melibatkan kerugian kewangan sahaja tetapi juga melibatkan pecah amanah, menipu kabinet, parlimen dan rakyat serta melindungi kerugian sebenar. Ini adalah kegagalan institusi yang jika berlaku pada masa sekarang pasti akan menjadi bahan pembangkang setiap hari.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ini baru Bank Negara. Belum lagi skandal Konsortium Perkapalan, BMF Hong Kong, Perwaja Steel dan macam-macam lagi bail-out yang dilaksanakan ayahanda kamu Dr. Mahathir bin Mohamad yang melibatkan puluhan billion kalau bukan ratusan billion ringgit duit rakyat.

Kalau tak faham apa-apa duduk diam atau teruskan berdebat di peringkat universiti sampai ke tua.

Rujukan:

1. Penyata Rasmi Parlimen - 17 Mei 1993: http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-17051993.pdf#page=367&zoom=70&search=forex

2. Penyata Rasmi Parlimen - 2 Disember 1993: http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-02121993.pdf#page=10803&zoom=70&search=forex

3. Penyata Rasmi Parlimen - 21 Disember 1993: http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-21121993.pdf#page=12459&zoom=70&search=forex

4. Blog Lim Kit Siang 2004: https://limkitsiang.com/archive/2004/jan04/lks2837.htm

5. Laporan RCI Forex BNM diedar ke Dewan Rakyat - Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/laporan-rci-forex-bnm-diedar-ke-dewan-rakyat-161632

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top