.... Harakah Nazak ditimbuni hutang RM2.2 Juta! | AAKJ




Kesian dan rasa simpati bila baca pendedahan tentang Harakah umpama sedang dalam keadaan nazak; tercungap-cungap kerana ditimbuni hutang kepada syarikat pencetaknya sejumlah RM2.2 juta!

Dilaporkan, Harakah juga merancang untuk menjual beberapa asetnya untuk menyelesaikan pembayaran hutang RM2.2 juta.

Jumlah jualan Harakah yang pernah mencecah 400,000 naskah seminggu boleh merudum jatuh ke kurang dari 20.000 naskah!

Memang susah untuk dipercayai kerana jika menurut Nasrudin Hassan at-Tantawi bahawa keahlian Pas pada tahun ini  mengatasi rekod keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun kebelakangan. Menjadikan jumlah keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun terakhir ini ialah 141,111 ahli baharu.

Kenapa ahli Pas sendiri tidak beli dan baca Harakah? Kalau bukan ahli yang beli siapa lagi yang yang diharapkan nak beli?

Dimanakah komitmen ahli Pas dalam hal ini hingga sanggup melihat Harakah mahu bergolok bergadai melelong asset yang ada untuk melangsaikan hutang?

Harakah sepatutnya merayu kepada Nasrudin Hassan at-Tatawi supaya buat lagi himpunan Fastaqim untuk kutip derma bantu Harakah melangsaikan hutang RM2.2 juta itu. Sonanglah itu!!

Jika Fastaqim 3 dapat diadakan, saya percaya Pas akan dapat mengutip derma untuk menyelesaikan hutang Harakah RM2.2 juta itu tanpa perlu melelong asset yang ada.

Ini adalah manifestasi episod pengorbanan ahli PAS dan penyokongnya sebagai tanda penuh kecintaan kepada perjuangan, bersalut kesedaran untuk bangkit mengembalikan kegemilangan Harakah!

 Nasrudin pernah mengumumkan secara rasmi bahawa jumlah sumbangan atau infaq peserta FASTAQIM 2.0 yang berlangsung pada 29 – 30 Sept 2017 ialah sebanyak  RM364,629.05, EURO395 serta 5 utas rantai dan gelang emas yang belum disebut nilai.

Ikuti Berita dari TMI melaporkan yang saya terjemahkan :
Pihak parti PAS tanggung hutang RM2.2 juta

Oleh Ikhwan Zulkaflee


HARAKAH, akhbar resmi PAS, berada dalam situasi yang membimbangkan setelah kegagalan membayar tunggakan kira-kira RM2.2 juta kepada syarikat percetakannya.

 Ketua pegawai eksekutifnya, Zainal Abidin Kidam, yang mengesahkan khabar angin, berkata mingguan itu cuba menyelesaikan hutang itu dan mereka akan bertemu dengan penerbit minggu depan untuk menyelesaikan perkara itu.

"Ya, bayaran tertunggak kepada penerbit adalah RM2.2 juta," katanya dalam mesej WhatsApp kepada The Malaysian Insight. 

 Berita mengenai keadaan kewangan Harakah telah beredar di media sosial dan seorang blogger mendakwa bahawa edaran akhbar Harakah telah jatuh ke kurang dari 20.000 naskah. 

 "Penerbit bersetuju untuk terus membincangkan perkara itu minggu depan," kata Zainal, sambil menambah bahawa Harakah juga merancang untuk menjual beberapa asetnya untuk menyelesaikan pembayaran hutang. 

Namun beliau enggan mendedahkan butir-butir aset dan mesyuarat yang akan berlangsung minggu depan. 

 "Saya tidak faham mengapa masalah perniagaan, yang boleh diselesaikan, menjadi tular di media sosial. Tolong jangan mempolitikkan isu ini," katanya. 

 Penerbit, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, enggan menyuarakan tentang perkara itu, berkata komen lanjut hanya akan menjejaskan perundingan. 

Harakah, yang diasaskan pada tahun 1987, pernah mencatatkan jualan 400,000 naskah seminggu pada ketinggian semasa pilihan raya umum 1999. Sementara portalnya, Harakah Daily menerima 70,000 kunjungan halaman setiap hari.

 PAS, yang menjalankan pemerintahan di Kelantan, juga mempunyai pegawai di majlis eksekutif kerajaan Selangor.

 Parti Islam itu berpisah dengan sekutunya PKR dan DAP dua tahun selepas perebutan kepimpinan di kalangan fahaman konservatif dan progresifnya.

 Anggota puak progresifnya, yang kalah dalam pemilihan parti 2015, telah meninggalkan dan membentuk Amanah, sebuah parti pengasas bersama Pakatan Harapan (PH) bersama PKR, DAP dan Bersatu. 

 PAS mengetuai satu gabungan yang dipanggil Gagasan Sejahtera Rakyat, yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 terhadap PH dan BN. - 26 Disember 2017. ~ sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top