.... Halal, Haram Di Korea Selatan | AAKJ



rakyat Malaysia yang melancung di Korea Selatan
Laporan Utusan Malaysia hari ini memperlihatkan kesan jangka panjang yang tidak baik kepada nama negara akibat perbuatan segelintir rakyat Malaysia di Korea Selatan.

Walaupun jumlah rakyat Malaysia yang masuk dan bekerja secara haram di Korea Selatan tidak ramai secara keseluruhannya namun angka tersebut terus membiak. Bayangkan laporan Utusan Malaysia edisi Ahad, kemasukan seramai lebih kurang 20 orang sebulan, dan hanya mungkin dari satu atau dua 'ejen', mungkin banyak lagi yang tidak diketahui.

Ini juga boleh menjejaskan hubungan baik dua hala yang dibina selama ini antara Malaysia-Korea Selatan.

Tambah teruk sekiranya pelancung dari Malaysia mula menghadapi kesukaran apabila pihak imigresen di mana-mana pintu masuk airport Korea Selatan mula memandang negatif terhadap rakyat Malaysia.

Foto pelancung dari negara kita di Korea Selatan

Masalah buruh haram Malaysia di luar negara yang sebelum ini berlaku di Australia mula merebak ke Korea Selatan kerana negara itu menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuk pengilangan dan perkhidmatan dan tidak hanya tertumpu kepada perladangan semata-mata.

AAKJ: Bahagian 1 baca di SINI

Bermula pertengahan tahun ini, trend kemasukan buruh haram itu didapati melonjak dengan ketara, antaranya disumbangkan oleh peranan ejen yang agresif dan berlumba-lumba merekrut pekerja melalui media sosial khususnya Facebook.

Ejen-ejen berkenaan mempromosikan perkhidmatan tanpa rasa takut termasuk dengan menularkan video yang mempamerkan kemewahan pendapatan bagi menarik perhatian bakal buruh haram kerana setakat ini belum ada tindakan kon­krit daripada pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti mereka.

AAKJ: Bahagian 2 baca di SINI

Pada masa ini terdapat dua ejen utama di negara ini yang dikenal pasti aktif ‘menyeludup’ buruh ha­ram, satu daripadanya dikendalikan oleh dua beradik manakala satu lagi diuruskan oleh dua beranak.

Dua ejen itu dikatakan membawa masuk sekurang-kurangnya dua kumpulan buruh haram sebulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada kira-kira 20 orang.

Bayaran yang dikenakan mereka pula ialah kira-kira RM3,000 kepada RM4,000 bergantung kepada ejen.

AAKJ: Bahagian 3 baca di SINI

Lokasi pilihan untuk bekerja ialah kawasan yang jauh dari pusat bandar Seoul seperti Hanam-si, Suwon dan Mugeok yang dianggap lebih selamat daripada agensi penguatkuasaan.

Sumber Mingguan Malaysia memberitahu, buruh haram Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan umur dengan yang paling muda ditemuinya ialah 16 tahun manakala paling tua kira-kira 50 tahun.

Beliau berkata, sebahagian besar daripada mereka adalah golongan yang kali pertama ke luar negara dan tidak mengambil berat soal peraturan visa yang tidak membenarkan mereka bekerja.

“Kelompok kedua adalah rakyat Malaysia yang pernah bekerja secara haram di ladang-ladang buah atau sayuran di Australia sehingga disenarai hitam oleh imigresen negara itu,” katanya.

Katanya, trend kebanjiran buruh haram secara mendadak itu kini sudah berada dalam perhatian pihak berkuasa Korea Selatan yang mula mengetatkan penguatkuasaan mereka termasuk di lapangan terbang yang menjadi pintu masuk.

“Pada hujung minggu bermula Jumaat hingga Ahad memang nampak dengan ketara muka-muka orang Malaysia jika ke Itaewon yang kini menjadi markas pertemuan mereka,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu buruh haram di Korea Selatan walaupun berpeluang meraih pendapatan lumayan kira-kira RM2,000 seminggu sentiasa terdedah dengan manipulasi oleh majikan sendiri.

Katanya, antara prosedur operasi standard (SOP) majikan ialah menahan sebahagian gaji pertama iaitu kira-kira RM2,000 sebagai deposit supaya tidak melarikan diri dan jumlah itu hanya dibayar selepas mereka bekerja mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Ada juga kes majikan sendiri yang membuat laporan kepada pihak berkuasa sehingga buruh ha­ram ditangkap dan dengan cara itu mereka tidak perlu membayar gaji.

“Sebagai buruh haram, mereka tidak akan dilindungi oleh peruntukan undang-undang buruh dan majikan akan sentiasa mempu­nyai kelebihan dan ejen-ejen pula bertindak lepas tangan jika masalah sedemikian berlaku” katanya.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top