.... Dakwaan DAP Terima Dana RM1.2 Bilion dan Janji Pengkalan Tentera Israel Kalau Menang PRU? | AAKJ



DANA 1.2 BILLION DAN PENGKALAN TENTERA ISRAEL DI PORT DICKSON SEBELUM PRU 13 SEBAGAI TUKARAN

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengambil masa empat hari untuk menjawab isu tawaran dana RM1.2 billion dan pangkalan tentera Israel di Port Dickson.
Penangguhan masa selama empat hari untuk menjawab isu tersebut dianggap luar daripada tabiat kebiasaannya kerana beliau sebelum ini dikenali seorang yang pantas menjawab dan memprovokasi isu.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki merumuskan semula tiga isu penting yang pernah diutarakan oleh bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abd Rahman pada 29 Disember 2015.

Namun, Kit Siang hanya menjawab isu tersebut pada 1 Jan 2016 ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara Kelantan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.


Dalam ucapan itu Kit Siang mengakui pada mulanya DAP tidak mahu menjawab isu tersebut tetapi telah dinasihati supaya menjawab isu tersebut.

“Semua ini dusta dan fitnah, tetapi ada orang yang kata kita (DAP) perlu jawab.
“Kita akan ambil tindakan undang-undang, ‘beliau’ perlu membayar harga yang tinggi kerana dakwaan tidak berasas dan melulu itu, di mahkamah,”kata Kit Siang dengan penuh semangat.


Kit Siang tidak menamakan ‘beliau’ yang dimaksudkan itu tetapi portal pro DAP, Malaysiakini menamakan individu itu adalah Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

“Beliau (Kit Siang) menjangkakan peguam-peguam DAP akan memulakan tindakan undang-undang dalam tempoh sehari dua lagi,”lapor portal pro DAP itu.

Namun, ugutan Kit Siang itu disindir oleh netizen pro PAS, Sh Zain.
“DAP dah saman ahli politik kanan tu ke?

“Katanya dalam masa dua hari, ni dah masuk 5 hari, kalau DAP tak nak saman macai PAN boleh la tolong saman bagi pihak atau buat report polis,” sindirnya dalam Facebook semalam.

Enam hari selepas ugutan Kit Siang, hari ini anaknya, Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP mula menjawab isu tersebut.
Guan Eng merupakan individu yang disebut dalam rumusan Dr Zuhdi yang dipetik daripada pendedahan Razali.

“Mengapa kami diserang walaupun kami tidak pernah bertemu dengan Israel?
“Ada pemimpin yang telah bertemu dan berjabat tangan dengan Israel, mengapa ia tak jadi masalah?” soalnya.

Guan Eng turut menggesa PAS menunjukkan bukti bahawa DAP ditawarkan RM1.2 bilion untuk menyokong dakwaannya atau berdepan tindakan undang-undang.

“Saya telah arahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat tuduhan fitnah seperti itu.

“Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang menyiarkan pembohongan itu,” katanya yang dilapor Malaysiakini.
Pendedahan Misi DAP Menawan Putrajaya

Pada 29 Dis 2 tahun lalu, Dr Mohd Zuhdi merumuskan tiga perkara yang pernah didedahkan oleh Razali :
1. Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang mana saudara Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.

2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

3. DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke 13 sebanyak USD 300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Rumusan Dr Zuhdi berasaskan intipati ceramah Razali di Putrajaya pada 2012 seperti berikut :
Tapi apakah hubungan istimewa Israel dengan DAP? Kalau tak istimewa, tidak kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel. Dilatih oleh pihak Mossad. Saya terima latihan daripada Mossad.

Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.

Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.

Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.

Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.

Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.

Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.

Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng kepada Israel.

Selanjutnya, sila baca transkrip ceramah Razali dalam artikel bertajuk “Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP”

Namun dinegara kita kini timbul pula Melayu akal rosak yangg mempertikaikan dana Arab Saudi kepada Perdana Menteri tetapi membiarkan dana Israel masuk kenegara ini..

Manakala dakwaan Zuhdi 3 tahun lalu senyap hingga kehari ini.

Kesimpulannya, DAP secara diam mengaku menerima dan menjanjikan tapak pangkalan tenteranya di Malaysia sekiranya menang PRU 13 yang lalu. Tidak mustahil perkara ini masih aktif untuk PRU 14..
Jangan jadi gila melayu, terutama melayu konflik otak pengikut mahathir
Allahuakhbar…

Tulisan
Rozmi Mokhtar

(Gambar viral - pemimpin Pakatan Rakyat mengunjungi Konsul Israel di Singapura dipercayai melaporkan perkembangan PRU 13 sebelum PRU berlangsung bertujuan bagi mendapatkan dana PRU)

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top