.... Calvary Convention Centre - Fakta Yang Dimanipulasi Pelampau Agama | AAKJ



Terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba mencetuskan ketidakharmonian hidup beragama di kalangan rakyat Malaysia, ekoran tersebarnya gambar sebuah gereja di laman-laman sosial baru-baru ini.

Calvary Convention Centre (CCC) atau Pusat konvension Calvary merupakan sebuah pusat konvension yang unik dan bersifat menyeluruh (holistik).

Aktitivi yg dijalankan di situ antaranya program penganjuran, persidangan, seminar dan bengkel di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Di samping itu, CCC juga merupakan tempat bagi karyawan muzik dalam dan luar negara mengadakan persembahan kreatif bagi pelbagai genre seni.

Kepada mereka yang berminat dalam peningkatan kemahiran interpersonal (soft skills), CCC menyediakan peluang-peluang latihan dalam bidang pendidikan dan vokasional.

Pandangan yang menyatakan bahawa ianya merupakan sebuah kuil dan/atau gereja yang terbesar di Malaysia merupakan suatu pandangan yang tidak berasas sama sekali dan mempunyai elemen-elemen hasutan secara halus terhadap keharmonian hidup beragama di kalangan rakyat Malaysia.

Isu ini menjadi hangat dibincangkan oleh pelbagai golongan berkepentingan meski pun fakta sebenar mengenainya telah dimanipulasi dan tidak didedahkan pada awam.

Calvary Church meski pun sebuah gereja, namun ianya setaraf dengan gereja-gereja lain yang berada di premis-premis persendirian dan bukanlah merupakan sebuah gereja yang terbesar di Asia apatah lagi di Malaysia.

Kewujudan Calvary Church menggambarkan KEBEBASAN BERAGAMA subur di Malaysia dan ianya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara.

Dalam usaha mensensasikan isu ini, ramai pihak berkepentingan memanipulasikan premis sebenar, PUSAT KONVENSYEN CALVARY (PKC).

PKC merangkumi sebuah auditorium dengan kapasiti 5,000 orang pada suatu masa, pusat membeli belah, 50 buah dewan dan bankuet untuk pelbagai acara jamuan, keraian, seminar dan bengkel, pusat-pusat latihan dan pendidikan vokasional dan pelbagai restoran serta ruang kedai dan premis perniagaan.

Siapa dan mengapa isu ini disensasikan semula?

Yang pasti adalah golongan tersebut tidak pernah membantah kewujudan Batu Caves sebagai pusat keagamaan Hindu terbesar di DUNIA, meski pun terpampang sebuah patung yang juga terbesar di DUNIA, sebagai ikon simbolik penganut agama Hindu.

Sama-sama kita jauhi golongan pelampau agama dari mana-mana pihak sekali pun.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top