.... Artis Jangan Jadi Alat Pembangkang - Rizal Mansor | AAKJ





Hari ini saya telah dijemput untuk melancarkan Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia di Royale Chulan Damansara.

Dikesempatan tadi saya telah berpesan kepada para artis dan selebriti agar jangan menjadi alat kepada pembangkang. Contoh jelas pada PRU13 yang lalu, golongan artis hanya digunakan untuk berceramah tetapi kemudiannya nasib mereka langsung tidak dipedulikan.

Saya juga buat teguran terbuka kepada seorang artis yang telah merudum popularitinya dek kerana perangai sendiri yang tidak berdisiplin dan terlibat dengan gejala-gejala negatif. Kini, terdesak untuk meraih semula populariti, beliau cuba membuat posting-posting politik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang ditulis. Dapatkan fakta yang betul sebelum menulis dan tulislah dalam keadaan WARAS!!

Nasihat saya agar beliau berhenti dari menggunakan pengaruh sebagai artis untuk memesongkan pemikiran rakyat negara ini. Jangan menjadi perkakasan parti pembangkang yang kini terdesak untuk meraih populariti menjelang PRU14. Malah parti itu nak buat Mesyuarat Agong pun tak mampu bagaimana nak diharapkan untuk mentadbir negara?

Bekerjalah sedaya upaya dalam dunia seni tempatan yang cukup luas bidangnya, kalau dah tak laku jadi pelakon, cuba pula bidang lain atau setidak-tidaknya guna pengaruh untuk mulakan serta kembangkan perniagaan.

Daripada menghabiskan masa membaca portal berita atau blog pembangkang, lebih baik mencari maklumat untuk mendapatkan pelbagai bantuan khususnya untuk orang bangsa sendiri dan masyarakat seni.

Sejarah menunjukkan nasib yang menimpa beberapa artis yang dipergunakan pembangkang yang akhirnya terpaksa kembali kepada dunia seni apabila dipinggir setelah pembangkang mencapai matlamat mereka.

rizalmansor


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top