.... Video PM Najib Minta Maaf Kata "Kepala Bapak Kau" | AAKJ



Berucap di mesyuarat agung tahunan MCA di Kuala Lumpur pengerusi BN itu berkata hubungan Malaysia dan China yang berlaku di bawah pentadbirannya tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.

Mengulas pendirian Pakatan Harapan - untuk mengkaji semula perjanjian berkenaan, Perdana Menteri berkata ia sangat tidak logik.

"Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik," katanya dengan bersemangat di depan ribuan perwakilan yang memenuhi dewan persidangan di Ibu Pejabat MCA di Jalan Ampang.

BagaimanapunPM  Najib kemudian meminta maaf kerana menggunakan "bahasa kasar" dalam ucapannya.


Tdak ada kedaulatan negara yang tergadai ekoran keputusan kerajaan mengadakan hubungan ekonomi dan pelaburan dari China jelas PM Najib lagi.

"Bodoh. Anda fikir Kuantan Industrial Park orang Malaysia tak boleh masuk?

"Bodoh punya kerja. Saya tak lah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia. Ini adalah tanah air kita yang berdaulat," katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.


"Pergi Forest City cerita macam-macam. Itu semua tanah tebus gunalah, bukan tanah Johor.

"Tanah tebus guna sebahagiannya dijual kepada pihak luar negara, manakala sebahagian lagi kepada orang tempatan.

"Anda fikir mentaliti orang Malaysia begitu bodoh hingga tak boleh berfikir sendiri?" katanya.

Mahathir berkata banyak tanah dan kediaman di sekitar Johor Bahru akan dijual kepada warga asing sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah, termasuk keselamatan.

Beliau sendiri melawat ke kawasan berkenaan untuk meninjau dan melihat sendiri dari dekat perkembangan Forest City.

Bagaimanapun dakwaan dibuat Mahathir adalah salah.

Anggota Parlimen Sekijang Anuar Manap berkata status pegangan kekal di projek pembangunan itu adalah hanya untuk hak milik strata dan bukannya tanah.

“Tidak ada seinci pun tanah Johor yang dimaksudkan hak milik kekal ini,” katanya.


Malaysiakini dan portal-portal totok pakatan haram jadah tidak perlulah mengalih isu pokok yang disampaikan oleh PM Najib.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top