.... Usaha untuk menangani krisis Negeri Rakhine Burma | AAKJ





Saya melawat Naypyitaw, Burma pada 15 November, di mana saya bertemu dengan Penasihat Negeri Aung San Suu Kyi dan Ketua Komander Angkatan Bersenjata, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing secara berasingan. Saya mengesahkan semula komitmen kuat Amerika Syarikat terhadap peralihan demokrasi yang berjaya di Burma di mana kerajaan yang dipilih berusaha untuk melaksanakan reformasi, membawa keamanan dan perdamaian kepada negara itu, dan menyelesaikan krisis yang dahsyat di Negeri Rakhine. Keutamaan kami adalah untuk meringankan penderitaan dasyat yang dihadapi oleh ramai. Sebagai tindak balas kepada keadaan yang mengerikan itu, saya mengumumkan minggu lalu tambahan $47 juta dalam bantuan kemanusiaan bagi mereka yang terjejas oleh krisis Negeri Rakhine, menjadikan jumlah yang dibelanjakan sebagai tindak balas terhadap krisis ini kepada lebih daripada $87 juta sejak Ogos tahun ini.

Tindak balas Burma terhadap krisis ini adalah penting untuk menentukan kejayaan peralihannya kepada masyarakat yang lebih demokratik. Seperti yang saya katakan di Naypyitaw, ujian utama mana-mana demokrasi adalah bagaimana ia bertindak ke atas populasinya yang paling lemah dan terpinggir, seperti etnik Rohingya dan populasi minoriti yang lain. Kerajaan Burma dan pasukan keselamatan harus menghormati hak asasi semua orang di dalam sempadannya, dan mereka yang gagal berbuat sedemikian akan dipertanggungjawabkan.

Saya mengulangi kecaman Amerika Syarikat terhadap serangan 25 Ogos ke atas pasukan keselamatan oleh Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA). Namun begitu, tidak ada provokasi yang boleh mewajarkan kekejaman yang dahsyat yang telah terjadi itu. Tindakan oleh segelintir orang di kalangan tentera Burma, pasukan keselamatan, dan pengawal tempatan telah menyebabkan penderitaan yang dasyat dan memaksa beribu-ribu lelaki, wanita, dan kanak-kanak meninggalkan rumah mereka di Burma untuk mencari perlindungan di Bangladesh. Setelah analisis yang mendalam dan teliti ke atas fakta yang ada, jelaslah keadaan di negeri Rakhine utara merupakan pembersihan etnik terhadap Rohingya.

Mereka yang bertanggungjawab terhadap kekejaman ini mesti dipertanggungjawabkan. Amerika Syarikat terus menyokong penyiasatan bebas yang boleh dipercayai, untuk terus menentukan semua fakta yang ada untuk membantu proses akauntabiliti ini. Kami telah menyokong tindakan konstruktif ke atas krisis Rakhine di Majlis Keselamatan PBB dan dalam Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB. Amerika Syarikat juga akan menuntut akauntabiliti menerusi undang-undang A.S., termasuk kemungkinan sekatan yang disasarkan.

Kami menyokong komitmen kerajaan Burma untuk mewujudkan keadaan yang diperlukan untuk semua pelarian untuk kembali ke rumah mereka secara selamat dan sukarela, dan mengalu-alukan pertukaran baru-baru ini antara kerajaan Burma dan kerajaan Bangladesh semasa penghantaran balik. Sokongan oleh tentera Burma untuk usaha-usaha kerajaan ini adalah sangat penting. Ini adalah keadaan yang sukar dan rumit. Kebanyakan pihak berkepentingan perlu bekerjasama untuk memastikan kemajuan.

Kenyataan Akhbar
Rex W. Tillerson
Setiausaha Negara
Washington, DC
22 November 2017

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top