.... SPRM Kekal Berpuisi | AAKJ



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadikan Malam Puisi Rasuah sebagai acara tahunan bagi menyampaikan mesej antirasuah kepada masyarakat.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata acara itu merupakan kerjasama antara SPRM serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Ini merupakan antara inisiatif SPRM bagi memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan muda supaya tidak terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

"Kita mahu mesej antirasuah disampaikan dalam pelbagai ruang supaya masyarakat sedar bahayanya budaya rasuah ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Puisi Rasuah SPRM-DBP di Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP di sini, malam tadi.

Pada majlis yang julung kali diadakan itu, Dzulkifli turut mendeklamasikan sebuah puisi nukilan Syed Indera Syed Omar atau Siso daripada kumpulan Kopratasa yang bertajuk 'Jangan Nangis Dulu Bangsaku.'

Turut hadir Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis Abas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Sri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Dzulkifli berkata SPRM juga akan menerbitkan sebuah drama bersiri bertajuk 'Banteras' awal tahun depan yang berkisar mengenai kesalahan rasuah dan akibatnya terhadap masyarakat.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top