.... Peratus Pelajar Miskin Di MRSM: Jawapan Kepada "Prof Rock 80an" | AAKJ



Dari facebook Abdul Rahman Abdul Kadir

#MENGAPA_PERATUS_PELAJAR_MISKIN_MRSM_BERKURANGAN?

Dr Muhammed Abdul Khalid (sedara Maza) kata, dahulunya 100% pelajar MRSM adalah anak orang miskin. Kini tidak lagi katanya. Beliau kecewa dgn perkembangan ini. 🤣

Aisey...saya hairan dengan brader rambut Rock 80an nan sorang ni. Kata pakar ekonomi...tapi takkan kecewa tengok data macam ni?

Secara tak langsung, ia menunjukkan yang peratus kemiskinan negara di kalangan Bumiputera dah kurang lah brader. Kalau dulu pun 100% sekarang pun 100% pelajar miskin saja masuk MRSM, kira gagal lah objektif penubuhan MRSM itu sendiri.

Semua kena ingat something...

Objektif utama penubuhan MRSM adalah penempatan pendidikan khas kepada pelajar bumiputera yg cemerlang... Itu keywordnya.. PELAJAR BUMIPUTERA CEMERLANG!

Pemilihan kemasukan adalah berdasarkan turutan berikut:
1. kelayakan akademik
2. pendapatan ibubapa pelajar
3. lokasi pelajar menetap.

IN THAT ORDER....

Contohnya, jika pelajar anak org kaya dapat 8A dlm SRP/PMR/PT3...saingannya pula dapat 7A1B tapi dari golongan miskin... Pelajar A yg akan dipilih... Namun jika kedua duanya mendapat keputusan yg sama, 8A..maka akan dipilih pelajar B.

Cth ke 2.. pelajar B dan C, kedua dua nya mendapat 8A..kedua-duanya anak org susah..tetapi B menetap di Shah Alam, manakala C menetap di Hulu Selangor....maka C akan dipilih.

Tidak pernah ada kompromi dalam meletakkan KECEMERLANGAN sebagai asas utama pemilihan ke MRSM!

Lagi satu...doktor ekonomi ni asyik jaja nombor tapi ternyata banyak yang kelentong. Semalam kita dah kantoikan, hari ni kita kantoikan lagi. 😏

Betui ka 100% pelajar MRSM zaman dulu anak orang miskin?
Mukhriz Tun Mahathir tu bapak dia miskin rupanya.
🤣🤣🤣🤣🤣

Thanks bro Raymy Shahromann Caymeck atas infonya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top