.... Pembangkang Akan Menang PRU-14 Apabila Kit Siang, Mahathir Mati? | AAKJ



Simpati adalah antara strategi untuk menang hati pengundi. Samada terpaksa berlakon atau ianya satu yang kebetulan, manusia cepat terpengaruh dengan simpati.

Apa lagi yang Mahathir dan Kit Siang tidak buat demi meraih sokongan rakyat Malaysia supaya menyokong perjuangan mereka walaupun secara terang-terang mereka berdua hanya berlakon?

Siapa lagi yang mampu amalkan politik menghalalkan cara. Buat apa sahaja demi untuk menang pilihanraya. Mereka berdua mampu lupakan sengketa politik tuduh-menuduh selama lebih 20 tahun. Kit Siang sendiri menulis buku seperti bahan bukti betapa Mahathir menipu dan menghilangkan duit rakyat lebih daripada RM30 bilion.

Siapa kuda siapa?
Politik Haiwan - itulah yang tepat.

Untuk pusingan terakhir, Kit Siang dilihat menyerahkan kepada Mahathir bagaimana untuk memastikan PM Najib, UMNO BN berkubur. Nampak seperti Kit Siang membiarkan sahaja Mahathir namun hakikatnya Kit Siang sedang menunggang Mahathir dan mutakhir, Mahathir seperti kehabisan peluru untuk membunuh PM Najib, UMNO dan BN.

Muhyiddin Yasin sebagai Presiden parti Mahathir juga dilihat terpinggir dan betul-betul menjadi tunggul kayu. Mahathir berpandangan Muhyiddin tidak berkemapuan dan tidak setara dengan PM Najib. Jadi apa tugas Muhyiddin?

Paling gila, Mahathir tidak membenarkan sangat anaknya Mukhriz yang memegang jawatan tertinggi kepimpinan PPBM memberi apa-apa kenyataan kerana bimbang Mukhriz silap bercakap. Mukhriz memang terkenal dengan kelemahan yang amat ketara - gagal berfikir secara matang berhubung sesuatu isu politik negara. 

Sokongan terhadap Kit Siang semakin menurun, sokongan dari cina Malaysia juga semakin terhakis kepada Lim Kit Siang dan semua ini kerana Lim Kit Siang menerima imbuhan yang begitu bernilai dari Mahathir - RM1 bilion.


Sokongan Melayu kepada Mahathir sememangnya merudum.

Dan hanya satu saja yang boleh menarik simpati pengundi Cina kembali kepada Kit Siang dan Melayu kepada Mahathir - kematian?

Cerita-cerita kononnya jasa melangit Kit Siang dan Mahathir bakal menghiasi laman-laman sosial pro pembangkang sebagai juadah halwa mata dengan harapan pengundi memberi undi kerana jasa-jasa tersebut, kononnya.

Mungkin ada betulnya?

Lagi pun Mahathir sudah luahkan dalam bentuk sajak bahawa beliau sudah bersedia untuk dijemput Ilahi!

Baca: Mahathir Menangis Mula Ingat Mati



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top