.... Pelajar Jerit Ketakutan Bas Terbalik | AAKJ




Kemalangan berhampiran Kampung Melayu Raya, Segamat, kira-kira jam 4.20 petang semalam melibatkan 20 pelajar Kolej Vokasional Segamat dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas selepas berlanggar dengan sebuah treler, di Kilometer 8, Jalan Genuang.

Menurut sumber,kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas dari arah Segamat ke Johor Bahru itu cuba mengelak sebuah treler dari arah bertentangan sebelum terbabas sebelum terbabas ke dalam parit di tepi kebun kelapa sawit.

Bas itu dikatakan membawa 17 pelajar kolej dan 23 pelajar UiTM yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Johor Bahru sempena cuti sekolah dan cuti hujung minggu.

Selain itu pemandu bas berusia 41 tahun, isteri dan dua anak mereka serta pemandu serta kelindan treler itu dikatakan turut cedera.

Bagaimanapun,setakat ini,tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Bandar Putra, Aizat Mamat, berkata operasi menyelamat di lokasi dijalankan sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.28 petang.

Katanya, semua pelajar itu berusia antara 16 hingga 20-an yang cedera dihantar mendapat rawatan di Hospital Segamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, beberapa penumpang bas dan pemandu lori serta kelindannya berjaya keluar daripada kenderaan masing-masing sebelum menerima rawatan oleh pasukan paramedik manakala pelajar yang cedera ada yang sudah dihantar ke hospital.

Penumpang bas terbabit, Mohd Asri Mohamad, 17, pelajar Kolej Vokasional Segamat, berkata bas itu bergerak dari Terminal 1 Segamat kira-kira jam 4 petang dan hampir semua penumpang adalah pelajar kolej terbabit dan UiTM yang dalam perjalanan pulang ke kampung sempena cuti.

Katanya, beliau yang duduk di kerusi hadapan melihat dengan jelas kemalangan itu apabila pemandu cuba mengelak sebuah treler dari arah bertentangan sebelum terbabas ke tepi jalan dan bas itu terbalik.

“Semua penumpang menjerit ketakutan sebelum bas tiba-tiba terbabas ke tepi jalan di tepi kebun kelapa sawit dan terbalik,” katanya menurut sumber akhbar.

Mohd Asri berkata, beliau yakin kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang berdasarkan laungan azan Asar di telefon bimbit rakannya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu dan setakat ini hasil siasatan awal mendapati bas itu bergesel dengan treler dari arah bertentangan menyebabkannya terbabas ke dalam parit di tepi jalan terbabit.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top