.... Parti Shafie Apdal Bubar | AAKJ



Fred Gabriel dan beberapa AJK kemudiannya menjual Parti Warisan pada Oktober 2016 kepada Shafie Apdal dengan kos RM500 ribu. Hanya RM50 ribu wang pendahuluan telah diterima Fred Gabriel. Bakinya RM450k belum dilunaskan
KOTA KINABALU Selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) katanya bakal membatalkan pendaftaran Parti  Warisan Sabah kerana melakukan beberapa kesalahan yang melanggar perlembagaan parti itu.
Antara kesalahan itu ialah tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Wira Warisan,  menangguhkan mesyuarat agung dan melantik Presiden serta jawatankuasa dalam parti tanpa melalui mesyuarat agung.
Pada 19 Oktober 2016 Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan beberapa pemimpin parti Warisan mengumumkan penukaran nama parti dari Parti Pembangunan Warisan Sabah kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) beserta logo baru Warisan.
Parti Warisan diluluskan pada 2013 di pimpin oleh Fred Gabriel bekas calon PKR N22 Pantai Manis bersama dengan 15 orang AJKnya.
Fred Gabriel dan beberapa AJK kemudiannya menjual Parti Warisan pada Oktober 2016 kepada Dato’ Seri Shafie Apdal dengan kos RM500 ribu. Sejumlah RM50 ribu wang pendahuluan telah dibayar kepada Fred Gabriel. Bagaimanapun Fred Gabriel mengadu bakinya RM450 ribu lagi belum dibayar.

Penjualan parti Warisan ini mencetuskan polemik  baru dalam kepimpinan Parti Warisan asal apabila daripada 15 AJK asal 9 darinya membantah penjualan parti ini termasuk Setiausaha Agung Parti Pertubuhan Warisan (Warisan) yang mendaftarkan parti itu atas namanya. Ia susulan rasa tidak puas hati dikalangan AJK asal yang tidak menerima bahagian mereka RM 50 ribu itu.
Pengambil alihan Parti Warisan oleh Shafie Apdal beserta rombakan Majlis Tertinggi dan jawatankuasa Warisan tidak dilakukan secara Mesyuarat Agung. Sepatutnya pelantikan Shafie Apdal sebagai Presiden dan rombakan jawatankuasa baru mesti melalui Mesyuarat Agung.
Namun ia tidak berlaku. Lantaran itu Setiausaha Agung  Parti Warisan yang asal melambatkan proses Mesyuarat Agung sekarang yang sepatutnya berjalan lancar dan memudahkan Loretto S. Padua Jr Setiausaha Agung baru melaksanakan tugasnya.
Sebagaimana kesalahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak melaksanakan Mesyuarat Agung, Parti Warisan juga turut melakukan kesalahan serius apabila sayap parti ditukar sebagai Wira dan Wirawati tanpa melalui EGM. Ia sekaligus bertentangan dengan Perlembagaan asal parti Warisan dan ini boleh menyebabkan Parti Warisan terbatal.
Setiausaha Agung Warisan asal dan 8 lagi AJK membantah penjualan parti Warisan kepada Shafie Apdal menuduh Presiden lama Fred Gabriel ‘makan seorang’ duit RM 50 ribu itu. Memandangkan bakinya RM450 ribu yang dijanjikan oleh Shafie Apdal belum diterima 9 AJK ini bakal melaporkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan.
Semakan ROS mengesahkan Parti Warisan belum mengadakan Mesyuarat Agung.
Parti Warisan sibuk dengan jelajah di Negeri Sabah namun mengabaikan perkara utama dalam pertubuhan yang boleh menyebabkan Parti Warisan tidak layak menyertai Pilihanraya ke 14.
Menurut seorang AJK parti Warisan yang namanya tidak mahu didedahkan beliau akan melaporkan kepada ROS jika isu pembayaran wang pengambil alihan parti Warisan tidak dibayar penuh dan mereka tidak mendapat bayaran.
“Kami akan bertindak, hanya menunggu masa sesuai. Sekarang kami AJK lama masih sedang membincangkan perkara ini dengan Dato’ Seri Shafie Apdal Presiden baru parti Warisan. Kami menuntut bayaran yang dijanjikan.
“Pelantikan Presiden baru dan Jawatankuasa Tertinggi Warisan tidak sah kerana tidak melalui persetujuan Mesyuarat Agung. Kami 9 orang AJK  sekarang termasuk Setiausaha Agung membantah urusan pengambil alihan parti Warisan sekiranya semua tuntutan kami tidak diselesaikan”. Katanya.
Ketika pengambilalihan Parti Warisan umum mengetahui Shafie Apdal dan Datuk Peter Anthony membeli Darell Leiking dengan janji 2 juta dan Junz Wong RM300k keluar dari DAP yang ketika itu dibebani hutang ah long dan skandal wanita GRO.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top