.... Mahathir Menangis Mula Ingat Mati | AAKJ



"Aku Akan Pergi Tidak lama Lagi" - antara sajak propaganda Mahathir yang baru saja disebarkan namun ianya hambar dari segi capaian kepada rakyat Malaysia.

Nada getar Mahathir dan suara tersekat-sekat seolah menangis meratap sedihnya beliau akan pergi (meninggal dunia) sedangkan ada yang cuba hidup senang tanpa berusaha.

Mungkin Mahathir lupa bahawa rakyat Malaysia tidak pernah sedikit pun lupa apa yang beliau sudah lakukan sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Bait-bait sajak yang berbaur politik dan berbau hancing hapak apabila serangan halusnya ini lebih bersifat politik kepentingan diri dan anak pinaknya sahaja.

Siapa yang Mahathir ingin maksudkan - "menjual hak yang sedikit", "maruah dijual, bangsa dijual, tanah air dijual"?.

Siapa? Mahathir tidak inginkah perjelaskan dari mana hasil kekayaan beliau dan anak pinaknya termasuk kekayaan anak-anak angkatnya?

Siapa? Mahathir perlu perjelaskan bagaimana anak pinaknya kaya di ketika beliau menjadi Perdana Menteri seawal penggal pertama.

Pertama kali melihat Mahathir seakan sedar betapa nikmat dunia ini hanya sementara dan menggunakan Islam untuk kepentingan diri.

Mudah-mudahan suara getar takutnya Mahathir terhadap kematian itu kekal hingga ke hujung nyawa dan bukan sekadar ketika berlakon dalam sajak terbarunya yang berwarna munafik!

Lucu juga bila antara bait sajak Mahathir ada nukilkan - "perkara yang haram dihalalkan.." - teringat kisah anak Mahathir membeli secara tunai kilang arak terbesar di Asia yang beroperasi di Filipina. Anda ingat tak jenama arak itu?

Jual maruah harta rakyat kepada kroni, siapa?!





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top