.... Mahathir Dijadualkan 'Beraksi' Mohon Ampun Dan Maaf Kepada Anwar | AAKJ





1. MINGGU lepas Malaysia dikejutkan dengan kemunculan gambar di mana Perdana Menteri Malaysia serta isterinya melawat Anwar Ibrahim di hospital. Sehari selepas itu pula muncul sekeping lagi gambar Timbalan Perdana Menteri dan isteri pula melawat Anwar Ibrahim. Jelas dalam gambar tersebut Anwar memegang tangan Zahid sambil keduanya tersenyum. Anwar Ibrahim kini berada di Hospital Kuala Lumpur kerana menjalani pembedahan bahunya. Cedera di bahu Anwar semakin parah sebelum ini kerana mengalami kecederaan selepas konvoi beliau ke penjara mengalami kemalangan jalanraya. Walaupun dalam tahanan namun atas beberapa faktor Anwar telah diberikan hak pembedahan dan rawatan penuh selepas pembedahan di HKL.

2. Keluarga Anwar melalui anak lelaki sulongnya telah mengeluarkan kenyataan berterima kasih dan menghargai lawatan Najib dan isteri, namun kewujudan gambar tersebut telah mengundang perbagai respon. Ada yang menyerang Najib serta Zahid dengan mengatakan ini semula lakonan menjelang pilihanraya. Ada pula kelompok yang melihat ini tindakan politik matang.

3. Jujurnya kepada semua perlu dilontarkan diketika dibawah Perdana Menteri Mahathir, bukan kata nak ziarah tetapi Anwar dipukul lebam mata dengan tujuan untuk dibunuh (berdasarkan Laporan Siasatan Di Raja) malah Mahathir dan Menteri Kabinetnya sendiri buat sidang media kata Anwar pukul diri sendiri. Bukan untuk dapatkan rawatan sempurna sebaliknya Anwar diracun dengan racun arsernik. Juga ketika itu dibawah arahan Mahathir sendiri penjara mengenakan perbagai sekatan terhadap Anwar dan keluarga.


4. Di sini saya ingin berkongsi satu makluman kerana satu lagi kejutan akan berlaku dalam masa terdekat. Mahathir sangat tertekan dengan perkembangan lawatan PM dan TPM ke atas Anwar Ibrahim. Pasukan Mahathir sedang memikirkan masa dan pendekatan yang sesuai bagi Mahathir keluar dan mengakui bahawa apa yang berlaku pada 1998 merupakan fitnah semata – mata.Akan diumumkan nanti kononya Mahathir mendapat maklumat yang salah sehingga menyebabkan kejadian pemecatan tersebut berlaku. Kumpulan sekeliling Mahathir berpendapat jika ini dilakukan ia akan menenggelamkan terus pengaruh Najib khususnya dikelompok simpatisan Anwar. Kumpulan ini sudahpun bergerak dan ada beberapa anggota keluarga Anwar dan pimpinan kanan PKR ditemui bagi membincangkan perkara ini. Mahathir akan meminta maaf pada Anwar dan rakyat Malaysia mengakui kesilapan 1998 dan mengajak seluruh rakyat membuka lembaran baru.

5. Cuma rakyat perlu ingat mengenai 1998 bagaimana seluruh instrument dalam negara diperkudakan Mahathir. Ingat Mahathir memperkudakan pasukan Polis dalam mencipta bukti dan pengakuan palsu. Rakyat perlu ingat bagaimana seorang pemandu biasa mampu menjadi kaya raya selepas mengaku diliwat Anwar. Azizan mampu memiliki syarikat pemaju perumahan sendiri selepas kes Anwar selesai. Begitu juga tidak boleh dilupakan bagaimana Munawar Anees seorang penulis teks ucapan diseksa dalam tahanan untuk mendapatkan akuan palsu bahawa dia diliwat Anwar, begitu juga anak angkat keluarga Anwar iaitu Sukma yang ditahan dan diseksa dalam tahanan mujur Munawar dan Sukma cekal dan tahan siksaan terus untuk tidak mahu memberikan kenyataan palsu.

6. Rakyat juga kena ingat Mahathir menggunakan polis, pejabat peguam negara malah mahkamah apabila Nalla Karupan diugut dengan pendakwaan yang boleh libatkan hukuman mati. Nalla merupakan kawan bermain tenis Anwar yang diseksa untuk memperolehi pengakuan palsu bahawa dia membekalkan pelacur kelas atasan kepada Anwar. Mujur Nalla berkeras tidak mahu terlibat dengan pengakuan palsu.

7. Semua perlu ingat ketika Mahathir panik kerana masyarakat tempatan dan luar negara negara tidak percaya dengan tuduhan dia terhadap Anwar maka dia sendiri membuat sidang media depan wartawan asing mengatakan dia punya bukti Anwar benar peliwat malah kaki ‘pelacur’. Mahathir juga memulakan tuduhan Anwar merupakan agen asing. Mahathir memecat editor media yang tidak mahu melaporkan fitnahnya.

8. Anwar secara konsisten dari awal menyatakan dia dipecat kerana mempertahankan harta negara. Selaku Menteri kewangan Anwar tidak mahu membenarkan wang negara digunakan untuk baik out syarikat perkapalan milik Anak Mahathir dan baik out beberapa syarikat lain milik proksi dan kroni Mahathir. Maka selepas Anwar dipecat Mahathir telah melantik dirinya sendiri menjadi Menteri Kewangan dan berbilion wang negara hancur kerana digunakan bagi baik out anaknya, proksinya serta kroninya.

9. Tidak puas hati ramai bangkit melawan maka kezaliman terhadap Anwar merebak dan melebar kepada rakyat biasa. Ditangkap, dibuang kerja, dipukul, disepak dan diterajang menjadi perkara biasa buat rakyat yang menyatakan kebenaran. Rakyat terus kuat melawan. Desakan untuk Mahathir berundur dan tangkap Mahathir berkumandang sejak 1998 menjadi semakin kuat , maka takut kalah PRU dan berisiko hancur legasinya maka Mahathir berundur dan memberikan kuasa kepada Abdullah Badawi menjadi PM.

10. Sepanjang pemerintahan Mahathir senarai jenayah pentadbiranya panjang, rompakan wang dan harta negara, kehancuran sistem seperti sistem beraja, sistem parlimen juga sistem kehakiman tidak boleh dikompromi. Menjatuhkan Mahathir merupakan desakan dan kesedaran rakyat yang betul.

11. Kini soalnya bukan mempertahankan Najib tetapi dengan membawa Mahathir serta legasinya dalam ikatan pembangkang merupakan kesilapan besar PH. Mahathir seharusnya dibiarkan melawan sendirian bukan bergabung dan akhirnya jika menang maka kuasa perlu dikongsi bersama legasi Mahathir. Persoalanya kini rakyat sedang diperbodohkan… rakyat dipaksa memilih pepsi cola atau coca cola, yang mana kedua duanya jika diambil berlebihan bahaya untuk kesihatan.



12. Satu lagi sebelum terlupa catat, Mahathir makin panik kerana Najib telah nyatakan secara jujur kepada Anwar betapa Mahathir hampir setiap hari memberikan tekanan kepada Najib untuk Najib ‘selesaikan’ kes Anwar dengan Saiful segera. Mahathir desak agar Najib campur tangan. Perlu direkodkan hubungan Saiful dan Mahathir sangat rapat sehingga Saiful menganggapnya penasihat. Rupanya ia perancangan jahat jangka masa panjang politik Mahathir. Penjarakan Anwar sebelum dia berdepan Najib bagi memastikan legasi politiknya ditampuk kuasa. Ini bukan benda luar biasa, Mahathir membawa masuk KuLi, bubar semangat 46 sebelum pecat dan serang Anwar. Bayangkan jika ketika Anwar dipecat parti Semangat 46 masih ada tentu kesanya sangat mengerikan Mahathir.

Sesungguhnya Mahathir sangat licik politiknya tetapi kali ini dia akan gagal kerana ramai telah sedar. Namun jangan pandang kecil ia sanggup melalukan apa sahaja bagi memastikan legasi politiknya serta kekayaan dia, keluarga, proksi dan kroni terus terpelihara selamat.

Soalnya sekarang rakyat perlu bijak !

catatan oleh che’GuBard, SAMM



Dipetik dari blog Che’gu Bard di sini

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top