.... Kerajaan DAP P.Pinang Beri Coklat Luput Tarikh Kepada Peserta Marathon Antara Bangsa | AAKJ





Kegagalan penganjuran Marathon Antarabangsa Jambatan P. Pinang 26 Nov lalu menjadi satu lagi bukti betapa DAP tidak ada kredibilti untuk mentadbir. DAP telah menjadikan acara kemegahan rakyat P. Pinang  semakin hilang reputasi kerana kesilapan  teknikal remeh yang tidak sepatutnya pun berlaku.

DAP telah menyebabkan acara itu diejek dan dikutuk di peringkat antarabangsa kerana memberi peserta coklat tamat tarikh luput,  T-shirt salah saiz dan lebih teruk pemenang terpaksa menunggu lebih dua jam untuk mendapatkan medal.

DAP mungkin berkata hanya kesilapan kecil tetapi sebenarnya bukti jelas DAP sebuah parti gagal seperti mana mereka gagal menyelesaikan masalah banjir kilat setiap tahun,  pencemaran alam dan keselamatan rakyat seperti tanah runtuh.

Masalah remeh seperti itu pun gagal ditangani tetapi ada hati mentadbir negara.

Sebaiknya DAP belajar menguruskan parti terlebih dahulu supaya tidak melakukan kesilapan memalukan bila terpaksa mengadakan Pemilihan CEC sebanyak 3 kali!

Sumber: Facebook

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top