.... “Kaum Cina Minta Itu Ini, Tapi Tak Mahu Undi” – PM Najib | AAKJ



“Jangan harap semua benda mengikut cara anda, anda sudah ada sekolah (vernakular), anda mahu itu dan ini tetapi tidak mahu mengundi,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA ke-64, di sini, Ahad.

Najib berkata begitu bagi menjelaskan realiti masyarakat Cina yang tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.

Najib juga meminta masyarakat Cina agar menyokong BN dalam pilihan raya yang akan datang sambil mengingatkan mereka bahawa mereka “tidak boleh harap semuanya mengikut telunjuk mereka.”

“Kami bertanya kepada orang Cina, adakah mereka mahukan perwakilan Cina yang kuat dalam kerajaan yang akan datang, atau anda mahu wakil yang lemah? Pilihannya ada di tangan anda,” katanya lagi.

Beliau menggesa perwakilan parti komponen BN untuk memberitahu komuniti mereka bahawa DAP tidak mampu membentuk kerajaan sekalipun mereka menang lebih besar pada PRU akan datang.

“Realitinya adalah pada PRU sebelum ini, walaupun mereka menang besar, tetapi mereka tidak dapat membentuk kerajaan, betul?

“Mereka tidak boleh buat yang lebih baik daripada pilihan raya yang lalu, tidak boleh. Meskipun jika mereka dapat sokongan yang lebih hebat daripada sebelum ini, mereka masih tidak dapat membentuk kerajaan tetapi pokonya, adalah bahawa kaum Cina tidak mempunyai perwakilan yang kuat,” tambah Najib.

Beliau berkata bahawa beliau juga mempertiambangkan kerusi tambahan untuk MCA di Kabinet Persekutuan, dengan mendahulukan kepentingan masyarakat secara amnya.

Najib selaku Pengerusi BN juga menegaskan bahawa DAP tidak akan dapat membentuk kerajaan persekutuan walaupun parti pembangkang menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya lagi, walaupun Pakatan Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan sempat buah parti itu berjaya menduduki Putrajaya, masyarakat Cina akantetap dipimpin oleh wakil parti yang lemah.

mynewshub

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top