.... Isu LBCN, Tanah Petani PKPS: Surendran Terlibat Bersama Sivarasa, Latheefa Koya, Eric Paulsen? | AAKJ



Sebelum 2008, Kerajaan Selangor mempunyai perancangan bagi projek perumahan di Ijok, Selangor.

Sehingga pada ketika itu, dua syarikat iaitu Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd memperoleh kira-kira 2,000 ekar tanah di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun projek itu tidak dilaksanakan dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada 2008, lantas membatalkan projek berkenaan dan mengambil semula tanah.

Berikutan itu, dua syarikat berkenaan menyaman Kerajaan Selangor dan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Mahkamah Tinggi. Syarikat LBCN menuntut kembali 555.4 hektar tanah di Ijok yang didakwa dibatalkan atau diambil Kerajaan Negeri manakala kes Mujur Zaman melibatkan 764 hektar tanah di Ijok.

Pengarah bagi kedua-dua syarikat itu ialah Khairuddin Abu Hassan manakala pemiliknya adalah pengarah di syarikat senarai awam, Fountai View Berhad di mana Khairuddin adalah Pengerusi Eksekutif sebelum itu.

Bagaimanapun, nama Khairuddin digugurkan dari kedua-dua syarikat itu berikutan tidak layak memegang jawatan berkenaan selepas diisytihar muflis pada masa itu.

Kedua-dua syarikat itu kalah dalam saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor pada 22 Oktober 2013.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2013/10/23/court-rules-in-favour-of-khalid-over-ijok-land-deal/

Mereka kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan sekali lagi kalah kes berkenaan pada 12 Disember 2013 dan berikutan adalah penghakiman bertulis mahkamah:

http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-01IMNCVC-371-10-2013.pdf

Selepas itu, Abdul Khalid digulingkan dari jawatan Menteri Besar melalui Langkah Kajang dan Datuk Seri Azmin Ali mengangkat sumpah menggantikannya pada 23 September 2014.

Pada masa sama, ketika Khairuddin sedang membuat 'pelancongan ditaja' ke seluruh dunia untuk membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebuah syarikat senarai awam, Eco World secara tiba-tiba mengumumkan menandatangani perjanjian jual beli pada September 2015 untuk membeli tanah dari LBCN dan Mujur Zaman biarpun kedua-dua syarikat itu kalah dalam kes tuntutan mereka di Mahkamah Tinggi dan Rayuan bagi mendapatkan kembali tanah berkenaan.

http://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=68617&name=EA_GA_ATTACHMENTS

EcoWorld membayar RM917 juta kepada LBCN dan Mujur Zaman bagi sebahagian dari tanah Ijok yang ketika itu sudah diambil alih Kerajaan Selangor.

Berlaku perkara lebih pelik selepas itu. Biarpun menang dalam kes di Mahkamah Tinggi dan Rayuan, kerajaan baharu Selangor diterajui Azmin memutuskan yang mereka akan kalah kes berkenaan di Mahkamah Persekutuan. Jawapan diberikan Azmin ini mengejutkan Khalid di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tanpa melawan kes berkenaan, kerajaan baharu Selangor kemudian menandatangani satu perjanjian izin di Mahkamah Persekutuan bertarikh 17 Mei 2016 dengan memberi persetujuan untuk menyerahkan kembali tanah berkenaan kepada kedua syarikat berkenaan - LBCN dan Mujur Zaman dengan dua syarat berikut

1). Kedua-dua syarikat itu hanya boleh menjual tanah mereka kepada Paragon Pinacle, yang dimiliki sepenuhnya oleh Eco World dan tidak boleh menjual kepada mana-mana syarikat lain.

2). Kedua-dua syarikat itu PERLU mengambil khidmat guaman firma Daim dan Garmany bagi proses perjanjian ini dan tidak boleh melantik firma guaman lain.

Peguam utama Daim dan Garmany adalah pemimpin PKR, Latheefa Koya, Eric Paulsen dan Sivarasa Rasiah.

Secara tiba-tiba, keuntungan LBCN dan Mujur Zaman berubah menjadi sangat baik manakala Kerajaan Selangor pimpinan Azmin kehilangan lebih 2,000 ekar tanah bernilai berbilion Ringgit kepada syarikat persendirian.

Pada masa sama, firma Daim dan Garmany mendapat pelanggan baharu ihsan Kerajaan Negeri Selangor.

Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. Kita tunggu apakah perkembangannya.

Ditulis oleh Lim Sian See.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top