.... Hilang Barang Di RnR, PLUS Terbaik | AAKJ



Malam Isnin aku terima panggilan telefon dari anak sulung, Husna kata beliau tertinggal beg sendengnya dalam surau dekat Hentian Sebelah Kulai, arah Selatan.

Bas rombongan sekolah Husna berhenti sebentar di situ untuk anak-anak ini tunaikan solat Maghrib beramai-ramai.

Bila dah sampai di Tol Skudai, baru perasan beg dah tak ada. Husna hubungi mamanya guna telefon sahabat yang duduk sebelahnya.

Isteri aku Nazra Aris dah panik bila tahu dalam beg tu ada purse dengan duit, kamera dan telefon bimbit. Aduhai, berdebar hati tak ingatlah.

Hubungi juga telefon Husna tapi tak berjawab. Nak cuba nasib kalau ada insan berhati mulia yang angkat telefon, boleh tolong simpankan beg.

Aku pula terus teringat satu rancangan TV berkenaan keretapi bawah tanah di Jepun. Kalau tak silap pengacaranya Jihan Muse.

Rupanya di sana ada satu pusat pengumpulan barang penumpang yang tertinggal dalam gerabak. Semua disimpan elok dalam arkib tersendiri. Siap label dan ada database. Memang respect lah!

Paling lama barang belum dituntut sejak 7 tahun lepas dan yang paling rare adalah sepasang gigi palsu. Nampak kan betapa amanahnya orang Jepun ni?

Balik semula ke cerita asal.

Dengan tercetusnya idea ini, aku pun Google website PLUS, terus aja call hotline PlusLine 1 800 88 0000 tu. Pantas weih dia orang respon. Dua kali ringing dah dengar suara wanita di sana.

"Beg tu warna pink, beg kartun Frozen tu" aku jawab.

"Baik Encik Zul. Kami akan hantar team peronda ke sana."

"Jika ada, kami akan hubungi Encik Zul semula. Ada apa yang boleh saya bantu lagi ya?" tambah wanita itu.

Sangat friendly dan tenang. Aku boleh dengar senyuman dia di sana. Tiba-tiba je hati aku pun turut tenang sesuci di pagi hari lebaran.

30 minit berlalu, telefon aku berdering. Wanita yang sama masih tersenyum beritahu yang beg Husna sudah ditemui dan dalam perjalanan ke Plaza Tol Sedenak.

Lantas kami terus bergegas keluar rumah, ambil Husna yang basnya dah pun sampai di sekolah dan menghala ke Sedenak.

Boleh tahan 'dekat' juga. Tengok Waze, jarak dari Pasir Gudang ke Plaza Tol Sedenak sejauh 67 kilometer, makan masa 52 minit juga nak sampai sana. Fuuhh.

Dalam perjalanan aku terima sms daripada PLUS, report dah direkodkan dalam sistem. Siap ada no rujukan.

Ini harus aku puji! Betapa seriusnya mereka menjaga pelanggan. Berbaloi bayar tol. Kahkah

Maka sampailah kami sekeluarga di sana, terus berjumpa dengan staf yang bertugas, Encik Azni. Beliau 'confirm' kan semula dengan ibu pejabat PLUS di KL berkenaan sms report aku itu.

Rupanya beg Husna belum sampai. Masih dalam kereta peronda yang sedang menjalankan tugas mengawasi zon S4.

Terpaksalah kami menunggu kereta peronda tiba. Sempat jugalah kami cari makan malam dan tunaikan solat Isyak. Dalam sejam lebih juga.

Akhirnya, beg pink pun sampai ke tangan Encik Azni. Beliau tunjukkan gambar isi perut beg yang dilonggokkan oleh abang kereta peronda tadi, semasa mula jumpa beg tersebut.

Syukurlah semua ada. Cukup. Masih elok. Seronok ya amat! Husna sampai nak lompat bintang rasanya.

Sebelum penyerahan, En Azni tangkap gambar depan Mykad aku sebagai bukti serahan barang kepada empunya yang benar.

Memang terbaik servis PLUS woih. Kes macam ini dah biasa buat dia orang. Bukan setakat beg, manusia tertinggal pun banyak kali berlaku.

Kalau kau rasa cerita pengalaman aku berguna sebagai panduan orang lain, kongsikanlah untuk kebaikan bersama.

Terima kasih PLUS Expressways Berhad.

Zulkhairie Khodir,
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top