.... Harga Minyak Zaman Mahathir | AAKJ



Ramai penyokong Pakatan Harapan (PH) sedang bising di media sosial ketika ini kerana harga petrol naik lagi hari ini sebanyak 7 sen untuk petrol RON95, menjadikan harga sekarang RM2.38, agak tinggi sejak ia mula diapungkan ikut harga pasaran pada November 2014.
Dalam keadaan ini, pada zaman bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, rupa-rupanya harga petrol tidak pernah diturunkan langsung walaupun kerajaan ada kuasa mengawal harga pada masa itu dengan pemberian subsidi pada masa itu. Walaupun kedudukan kewangan kerajaan kukuh, zaman Mahathir kerajaan tidak pernah mahu menambah subsidi sesekali supaya harga minyak turun malahan terus naik.
Ketika Mahathir jadi Perdana Menteri harga petrol 89 sen seliter. Pada tahun 1990 harganya naik kepada RM1.10. Kemudian pada Oktober tahun 2000 harga petrol naik lagi RM1.20, Pada Oktober 2001, harga minyak cecah RM1.30 dan harga terakhir sebelum Mahathir berhenti jadi Perdana Menteri, harganya RM1.35.
Untuk rekod harga itu tidak pernah diturunkan sejak sebelum Mahathir jadi Perdana Menteri.
Kalau Mahathir hendak ringankan beban rakyat,sesekali meningkatkan subsidi petrol pada masa itu sudah tentu dapat menurunkan harga minyak untuk kesenangan rakyat.
Kini, kebenarannya, ketika zaman pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini, harga minyak pernah turun dan banyak kali turun sehingga harga terendah.
Ketika Najib jadi Menteri Kewangan 2008, harga RON97 pada mada itu ialah RM2.55 dan RON92 ialah RM2.40. Kemudian, Najib perkenalkan petrol dengan gred baru iaitu RON95 dengan harga RM1.80, Apabila diapungkan sebelum ini, harga pernah turun sampai RM1.60.
Sekarang harganya petrol masih rendah daripada harga paling tinggi pada tahun 2008, iaitu RM2.55.
Bagi kerajaan, jika diapungkan rakyat akan menikmati harga petrol yang murah ketika harga minyak jatuh dan jika ia jatuh merudum. Jika subsidi diteruskan seperti zaman Mahathir, kerajaan akan sentiasa terpaksa meningkatkan subsidi supaya harga petrol dapat dikekalkan dan ia akan merugikan sebelah pihak iaitu kerajaan.
Jika harga naik lagi nanti, kerajaan sudah pasti akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat supaya mereka tidak menanggung kos kenaikan bahan api yang begitu besar kerana ia boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi dalam negara.
Yang marah-marah ketika harga minyak naik ini adalah macai-macai pakatan dan penyokong pakatan pembangkang yang tidak boleh menerima sebarang kenaikan langsung padahal kehidupan mereka mewah dan boleh melancong ke sana sini. Mereka bukan mahu berjimat dan memastikan keadaan kewangan diri sendiri dan keluarga kukuh sebaliknya menyalahkan kerajaan.
Mereka tidak mahu kehidupan mewah mereka terganggu dek kenaikan-kenaikan ini kerana mereka berasa diri mereka sudah bagus.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top