.... Harga minyak turun 9 sen mulai esok? | AAKJ




Penurunan harga minyak sehingga 9 sen pasti bakal melegakan rakyat 22 November ini
PETALING JAYA: Harga runcit petrol dan diesel dijangka turun esok sehingga 9 sen apabila kerajaan mengumumkan harga baharu setiap rabu menurut sumber dalaman yang dipercayai
Minggu lalu harga runcit mingguan bagi petrol RON95 meningkat 7 sen, menjadi RM2.38 seliter dari RM2.31.
Petrol RON97 pula naik 6 sen, menjadi RM2.66 dari RM2.60 seliter.
Harga diesel pula naik 5 sen, menjadi RM2.25 dari RM2.20.
Ia kenaikan tertinggi 2 minggu berturut-turut. 
Berita Harian pada 17 November lalu melaporkan harga minyak turun 5 hari berturut-turut. Brent ditutup 51 cent, atau 0.8 peratus, lebih rendah kepada AS$61.36 satu tong.
Harga minyak mentah West Texas Intermediate pula jatuh untuk empat sesi berturut-turut, ditutup 19 cent, atau 0.3 peratus lebih rendah pada AS$55.14 satu tong.
Harga minyak susut daripada tertinggi dua tahun yang di cecah minggu lalu, oleh kedua-dua penanda aras itu dengan tanda-tanda bekalan AS meningkat, dan potensi usaha pakatan yang diterajui Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam menyokong harga minyak dunia.
Menurut sumber penurunan 9 sen pasti bakal melegakan rakyat 22 November ini. Trend ini bakal berterusan pada minggu seterusnya 29 November nanti. 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top