.... Benarkah Syed Disko Jadi Duta Kementerian Pengajian Tinggi? | AAKJ



Dari sumber berita Sabahkini2:

Dulu isteri Danial SUA Menteri KPT dan wartawan Malaysiakini perli PM dalam Dewan Rakyat, kini dia pula dengan Syed Saddiq
Jika dahulu ketika KSU Kementerian Pendidikan Tinggi masih Prof Dr Zaini Ujang bekas Naib Canselor UTM, KPT dikatakan celaru kini KPT di bawah Tan Sri Dr Noorul Ainur Mhd Nur bekas KSU Mosti ini lebih celaru. Dia dikatakan jenis 'tak kisah' yang penting dirinya. Menteri pun dia 'bakul sampahkan'. Benarlah kata orang mahir dan cekap pentadbiran kerajaan tidak bermakna beliau bagus dalam politik. Sebab itu pengurusan KPT ini kelihatan nampak cantik di luar tetapi di dalam penuh 'musang berbulu ayam'. 
Ingat lagi tahun 2015 apabila isteri Danial Rahman Dina Murad bersama dengan wartawan Malaysiakini memperlekeh YAB PM selepas bajet 2015? Ketika itu kelam -kabut Danial membuat penafian. Menteri KPT Idris Jusoh juga sibuk menjawab isu.
Kini Danial Rahman selaku Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan Tinggi melakukan sekali lagi apabila memberi cadangan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi menjemput Syed Saddiq Ketua Armada PPBM dalam program KPT iaitu Higher Education Forum 2017: Redesign Education for Industry 4.0 pada 24 November 2017. Isunya apa relevannya memanggil Syed Saddiq? Bukankah ramai lagi anak muda di luar sana yang layak. Mengapa Syed ketua pemuda pembangkang parti PPBM? Apa menteri tidak terfikir kesan buruk?

Paling buruk Danial Rahman menjadi moderator dalam forum itu. Jelas memang kehendaknya untuk berkolaborasi dengan Syed Saddiq di atas pentas. Danial ini ibarat "Musang berbulu ayam" dia tidak kisah Menterinya kena kritik yang dia peduli tentang popularitinya.
Danial selaku Setiausaha Akhbar Menteri sepatutnya menasihat menteri bukan gelojoh memberi peluang anak muda pembangkang dalam paltform kerajaan. Sebab apa? sebab Syed Saddiq adalah rakannya. Jadi liberal pun janganlah neutral sangat. 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top