.... Wee Ka Siong Ajak Kit Siang Makan Babi, Minum Arak | AAKJ




Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengajak Lim Guan Eng untuk menikmati juadah babi dan minuman beralkohol di Kuala Lumpur selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan cuba mengelirukan masyarakat Cina dengan menggambarkan seolah-olah hanya Pulau Pinang yang membenarkan pengambilan makanan dan minuman tersebut.

“Marilah ke Kuala Lumpur. Kamu nak makan babi panggang? Saya boleh menempah 10 pinggan. Saya juga boleh menempah minuman alkohol dan kamu boleh minum sepuas-puasnya,” katanya.

Ka Siong berkata, MCA secara proaktif membawa isu penganjuran festival bir untuk dibincangkan di peringkat Kabinet.

Katanya lagi, MCA akan membantah sekeras-kerasnya jika penganjuran festival bir dilarang atas faktor keagamaan.

“Selepas mendengar laporan daripada polis yang menolak penganjurannya atas faktor keselamatan, kami berpendapat keadaannya boleh diterima,” katanya.

Ka Siong bersama Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai senada menuding jari ke arah DAP berkenaan Islamisasi yang mengambil tempat.

Tiong Lai berkata, kerjasama DAP dengan Pas dan seruan parti itu supaya pengundi Cina menyokong Pas sebelum ini telah memperluaskan pengaruh Pas.

Katanya, Malaysia seakan-akan menghala ke arah teokratik selepas Pilihan Raya 2013, dan keadaan itu terbukti dengan isu larangan pesta bir di Kuala Lumpur dan Selangor, dobi Muslim sahaja di Johor, dan lelaki berseluar pendek yang menerima denda di Kelantan. – MalaysiaGazette

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top