.... Video Wan Ji Ditahan Polis | AAKJ



Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Husin yang sering mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi berkenaan agama Islam telah ditangkap oleh polis di Masjid Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Beliau dikatakan terkenal dengan usahanya mahu menghapuskan Institusi Diraja.

Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata ustaz muda itu ditangkap selepas sejurus selesai solat Jumaat.

Beliau yang juga ketua biro agama Pemuda PKR (AMK) sebelum itu menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sama.

“Kini beliau dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah. Belum lagi diketahui alasan penahanan beliau,” kata Saifuddin.

Tiada maklumat lanjut berkaitan sebab penangkapan itu setakat ini.

“Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Ustaz Wan Ji ditahan,” katanya lagi.

Sementara itu, menurut Ketua Keselamatan AMK Pulau Pinang, Mohd Edy Jab, yang berada di lokasi kejadian memberitahu, Wan Ji ditahan di belakang masjid ketika penceramah itu hendak ke tempat makan selepas selesai solat Jumaat.

Katanya sebelum itu dia melihat keadaan yang mencurigakan apabila terdapat beberapa kelompok individu di bahagian tertentu kawasan berkenaan.

Selepas itu, katanya, Wan Ji didatangi kumpulan terbabit dan menahannya.

Kata Mohd Edy dia dimaklumkan Wan Ji ditahan mengikut Akta Hasutan tetapi setakat ini tidak dapat dipastikan apakah isu yang dikaitkan dengan pendakwah terbabit.

“Mereka (polis) tak beritahu apa-apa. Ada antara polis itu dari Kuala Lumpur dan saya juga difahamkan Ustaz Wan Ji selepas ini akan di bawa ke Bukit Aman,” katanya.

Penangkapan Wan Ji ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam dalam negara kita memandangkan beliau terlalu kerap mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi dan bercanggah dengan agama.




Video Wan Ji merancang hapuskan Sultan:

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top