Laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Ketua Biro Perkhidmatan dan Pengaduan MCA Perak, Jimmy Loh berkata, pihaknya mahu siasatan segera dilakukan terhadap individu yang melakukan perbuatan jijik itu.

"Kami harap suspek ditangkap dengan segera. Kami takut suspek melakukan perbuatan lebih teruk, Mungkin hari ini dia melakukannya terhadap anjing dan esok lusa mungkin terhadap manusia pula,'' katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut di sini hari ini.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut, lelaki itu dipercayai melakukan berbuat berkenaan pada Rabu lalu di depan pintu pagar sebuah rumah di Taman Indah Teluk Intan.

Dalam video berdurasi satu minit 37 saat tersebut, lelaki terlibat dilihat mendukung anjing tersebut sebelum duduk di depan rumah sambil melakukan perbuatan jijik terhadap haiwan itu. - UTUSAN ONLINE