.... Solat Jumaat Di Masjid Kg Rawa P.Pinang Tidak Sah | AAKJ



Jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Rawa, Georgetown di sini 11 Ogos lalu, perlu menggantikannya dengan solat zuhur segera berikutan solat Jumaat pada hari berkenaan dikira tidak sah. 

Mufti negeri, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, beliau difahamkan khatib ketika solat Jumaat berkenaan, Muhammad Zamri Vinoth Abdullah tertinggal salah satu rukun khutbah Jumaat iaitu duduk antara dua khutbah. 

"Menurut qaul muktamad dalam mazhab Syafie, duduk antara dua khutbah adalah rukun dan apabila khatib tidak duduk, maka khutbah Jumaat tidak sah. 

"Jadi kita minta para jemaah yang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan pada hari tersebut supaya menggantikannya dengan solat fardu zuhur dengan segera," katanya di sini hari ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top