.... Seminar Cepat Kaya: Gelanggang Bantu Orang Atau Menyerang Kerajaan? | AAKJ



Dari facebook Mohd Faisal:

Pagi tadi saya hadir ke satu kelas perniagaan. Walaupun pekerjaan hakiki yg saya lakukan sekarang tidak berkaitan dengan cara pemasaran di talian. Saya hadir dgn tujuan hendak menambah ilmu pengetahuan dan mencambahkan pemikiran. Namun sebaliknya pula yg berlaku...

Nama penganjur : Momentum Internet SB

Nama penceramah : Najib Asaddok

Bayaran kelas : RM 100.00

Lokasi : Hotel De Palma, Ampang.

Bermula dengan baik. Menerapkan nilai2 murni sepertimana yg diajar agama. Tidak lama selepas itu mula membawa ke elemen politik. Walaupun tidak disebut secara langsung nama parti2 politik, tetapi sindiran dan kata2 sinis membuatkan hati terasa pedih. Saya mula menjadi tawar hati. Macamana kau terapkan nilai2 murni agama kpd orang jika kata2 kau pun tidak selaras dgn ajaran agama ?

Makin lama makin galak beliau menyindir PM dan isteri. Walaupun tidak disebut nama secara jelas tetapi kita fahamlah. Dia orang Pontian. Kemudian dia perli pula Ahli Parlimen Pontian. Selepas dia sindir2, dia pun kata, ini bukan di sini...ini di Mongolia. Kelas sudah tidak fokus kerana dia makin galak melalut.

Saya pun angkat tangan dan bangun. Saya beritahu kpdnya, saudara bolehkah saudara hentikan tindakan menyindir dgn kata2 sinis itu, kerana ianya tidak bagus ? Dia jawab ok bang...ok bang. Saya faham.

Nasib baik dia hentikan. Dan kelas telah menjadi lbh fokus. Jika dia teruskan dgn sikap itu, saya telah bercadang utk meminta satu pembesar suara dan kita tukar kelas itu dari kelas perniagaan kepada forum politik. Biar dia berdebat dgn saya.

Kau nak ajar orang berjaya dlm perniagaan. Tetapi kau bawa masuk elemen politik. Itu pun dah salah. Dalam perniagaan kita kena ajar peniaga supaya menjauhi elemen politik.

Kau perli dan sindir kerajaan dan pemimpin negara. Yang memberi gambaran mereka gagal dan jahat. Dalam masa yang sama kau tunjukkan testimoni2 kejayaan peserta2 kau. Yang jualan ribuan ringgit naik hingga jutaan ringgit. Yang jualan naik berpuluh kali ganda dan sebagainya. Jika pemimpin dan kerajaan yg ada hari ini sebuah kerajaan yg gagal, bagaimana peserta2 kau dpt tingkatkan jualan ? Bukankah dgn persekitaran ekonomi negara yg bagus yg membantu peniaga ? Siapa yg bekerja utk sediakan persekitaran ekonomi negara yg baik ? 


Saya duduk sehingga majlis hampir habis. Tiada apa yang luar biasa yang saya dapat. Sebaliknya kelas hari ini lbh kpd hendak mempromosikan kelas insentifnya yang lbh mahal selepas ini. Kasihan para peserta. Yang rata2nya anak2 muda 20an yang baru hendak menceburi bidang perniagaan. Ada yang baru jual tali kasut 2 utas sahaja pun. Nak datang kelas bayar RM 100 pun berkira2. Dipukau pula ke kelas yang lbh mahal yang menjanjikan pelbagai keajaiban.

Lagi satu saya perhatikan amalan perniagaan yang tidak bagus yang dia tunjukkan kpd para peniaga hari ini. Memburukkan perniagaan orang lain. Seperti mengatakan kpd Astro dan Hotel De Palma tempat kelas hari berlangsung. Dalam perniagaan adalah salah dari sudut etika perniagaan kita mengata kpd perniagaan atau jenama orang lain. Tapi sebab dia rasa dia hebat. Dia menggelarkan dirinya SIFU. Maka poyolah dia....sekejap dia boleh jadi ustaz. Sekejap dia boleh jadi anak soleh. Sekejap dia menjadi penyambung lidah syaitan pula dgn mulutnya yg berbisa dan sindiran. Sekejap dia boleh jadi penjual ubat yang memperli perniagaan orang lain.

AAKJ: Semoga peserta seminar-seminar sebegini siasat dulu siapakah 'pakar motivasi', atau sekadar Mat Jenin menjual mimpi.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Itulah. Bila dah ramai, dia buat grup fb. Bila buat grup, dia je promo program dia. Ahli dilarang promo dlm grup. Bezalah dgn kaum laun.

      ReplyDelete

     
    Top