.... Menjelang PRU Ke 14, Nurul Izzah Mula Jenguk Kawasan | AAKJ



Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka tidak lama lagi, wakil rakyat pembangkang dilihat kembali muncul di kawasan masing-masing sejak beberapa minggu lalu.

Kelibat mereka mula kerap kelihatan sama ada kerusi Parlimen atau DUN yang dimenangi beberapa tahun lalu konon mengadakan pertemuan serta beramah mesra dengan penduduk setempat demi ambil tahu masalah mereka.

Antara pemimpin pembangkang kini giat ‘turun padang’ ke kawasan sendiri menjelang PRU14 ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang merupakan wakil rakyat bagi kawasan Lembah Pantai.

“Saya meninjau dan sempat bersembang bersama teman-teman di sekitar kawasan Jalan Pantai Murni dan PPR Seri Cempaka.

“Saya dan pasukan dari Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menziarahi saudara Lembah Pantai yang memerlukan bantuan,” katanya menerusi laman Facebook semalam.

Nurul Izzah yang juga anak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyiarkan gambarnya sedang meninjau kawasan Lembah Pantai dan mengunjungi penduduk yang memerlukan bantuan di kawasannya.

Sebelum ini, ada pihak mendakwa ramai penduduk Lembah Pantai kecewa dengan Nurul Izzah kerana wakil rakyat itu jarang ‘turun padang’ untuk bertemu dan membantu rakyat selepas memenangi kerusi tersebut.

Nurul Izzah malah disifatkan sebagai ‘pemimpin media sosial’ yang kurang mengambil peduli mengenai masalah rakyat di kawasannya sendiri. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top