.... Mat Sabu Akui Angka Bilangan Hadirin Anti Kleptokrasi 100,000 Hanya Propaganda | AAKJ



Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mat Sabu mengakui bahawa sasaran 100,000 hadirin Perhimpunan Anti-Kleptokrasi baru-baru ini di Petaling Jaya Sabtu lepas, hanyalah taktik untuk menarik orang ramai.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata angka itu bertujuan untuk menarik orang ramai, terutamanya golongan belia, ke perhimpunan di Padang Timur itu.

Beliau mengaku bahawa "100,000" adalah taktik untuk menarik belia menghadiri perhimpunan itu kerana Pakatan Harapan tahu bahawa pengundi belia kurang berminat untuk menghadiri ceramah berbanding demonstrasi jalanan.

"100,000 hadirin hanyalah propaganda untuk kami mengadakan perhimpunan. Para belia tidak suka menghadiri ceramah kerana mereka lebih berminat untuk mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan. Saya tahu ini kerana saya melalui pengalaman yang sama dari zaman belia saya hingga kini.

"Sebenarnya sasaran sebenar kami ialah antara 20,000 hingga 30,000 orang dan saya berpuas hati dengan jumlah pungutan derma sebanyak RM68,000," katanya.

Mat Sabu bercakap kepada 898 perwakilan PAN dalam ucapan penggulungannya pada konvensyen tahunan perwakilan parti, di sini hari ini.

Beliau berkata sasaran utama demografik untuk perhimpunan itu adalah orang Melayu dari kawasan luar bandar, yang katanya menjelaskan jumlah kecil kehadiran masyarakat Cina.

"Kami tidak berusaha berhabis-habisan untuk mempromosikan perhimpunan itu ke komuniti Cina kerana kajian menunjukkan 80 peratus pengundi Cina sudah bersama kami.

"Oleh itu, sasaran utama ialah orang Melayu, terutamanya dari luar bandar dan saya gembira melihat 70 peratus daripada orang ramai adalah orang yang tinggal luar dari bandar utama," katanya.

Pemerhati mendakwa bahawa perhimpunan tersebut hanya dihadiri oleh kira-kira 5,000 orang tetapi Mat Sabu kekal mengatakan bahawa jumlah hadirin adalah sekitar 25,000 orang, yang mana mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Pakatan.

Mat Sabu kemudian memberitahu perwakilan bahawa beliau tidak akan kembali ke PAS, walaupun dijemput oleh beberapa pemimpin PAS dalam kapasiti peribadi mereka sendiri.

"Kebanyakan anggota kanan PAS akan ramah dengan saya setiap kali saya berjumpa mereka, kebanyakannya di lapangan terbang dan restoran.

"Mereka biasanya menyapa saya dan bercakap dengan saya tentang kemungkinan kembali ke parti itu tetapi saya tahu bahawa mereka adalah orang yang sama yang menjatuhkan saya dalam perhimpunan PAS dan ceramah.

"Jadi, saya memberitahu mereka bahawa saya tidak akan mempercayai kata-kata manis mereka lagi," katanya.

Mat Sabu, bekas timbalan presiden PAS, bersama-sama dengan parti itu selama 38 tahun sebelum meninggalkannya dua tahun lalu untuk membentuk PAN dengan beberapa bekas pemimpin PAS lain berikutan pertelingkahan serius dengan pemimpin PAS.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top