.... Mat Sabu Akan Lawan Hadi Awang? | AAKJ



Perangai pembangkang sememangnya streotaip saja terutamanya peringkat pemimpin. Politik menghalalkan cara, memfitnah, merekayasa persepsi dan seumpamanya sudah menjadi darah daging perjuangan.

Terkini, amalan politik kehaiwanan. Kalau dulu, PAS adalah segalanya termasuk taksub gila babi dengan mengatakan bahawa PAS adalah satu-satunya parti Islam di negara ini. Namun akhirnya Allah tunjukkan, Mat Sabu dan gengnya yang kalah mempertahankan jawatan ketika muktamar pemilihan PAS dahulu keluar meninggalkan PAS dan menubuhkan PAN.

Raja Bahrin menang pun atas tiket PAS dan ini buktinya beliau tidak mendapat apa-apa sokongan dari rakyat Terengganu
Sebaik sahaja tubuhkan PAN, Mat Sabu dengan bangganya mengistiharkan bahawa partinya adalah lebih islamik dari PAS. 

Kalau dahulunya Mat Sabu menganggap semua ahli Dewan Syura Ulamak PAS adalah sekumpulan manusia yang alim dan warak, kini Mat Sabu dengan lantang menghina mereka kerana PAN juga ada ulamanya sendiri dan bagi Mat Sabu, ulama PAN lebih alim daripada ulama PAS.

Paling gila, mereka suka mengadu domba untuk meraih laba politik. Suka berlakon kononnya berani berdebat dan mencabar terutamanya PM Najib agar berdebat dengan mereka. Kalau ada yang mencabar mereka, 1001 alasan mereka akan gunakan untuk melarikan diri.

Terkini, riuh di kelompok PAN, beranikah Mat Sabu mencabar Hadi Awang untuk bertanding di mana sahaja kerusi? 

Menurut sumber dari bilik gerakan pakatan rakyat, cabaran ini sudah mulai panas di kalangan pemimpin PAN sendiri yang ingin melihat lembu laga mereka Mat Sabu bertanding di PRU akan datang mengalahkan Hadi Awang.

Mat Sabu dan Normah menyambut Mahathir dan Siti Hasmah. Masak penuh makna.
Tambah sumber, Mat Sabu menjemput Mahathir ke rumahnya dan beliau sendiri yang memasak makan malam tersebut bukan "saja-saja". 

Rahsia Mahathir dan anak-anaknya kaya raya bukan suatu rahsia lagi. Kedudukan nama Mahathir dan anak-anaknya di 'ranking' antara manusia terkaya di Asia bukan juga rahsia.

Mungkin Mat Sabu ada mendengar cerita Mahathir 'membeli' Kit Siang dengan harga RM1 bilion, baca di SINI maka Mat Sabu ada plan tersendiri - mendapat dan berharap sedikit 'pemanis' dari Mahathir untuk bekalan PRU ke 14 nanti.

Atau mungkin Mat Sabu akan yakinkan DAP supaya 'menjual' mana-mana kerusi selamat untuk Mahathir atau/ dan anaknya Mukhriz dan sebagai terima kasih, Mahathir akan memberi sedikit 'belanja' untuk Mat Sabu dan PAN?

Atau mungkin Mat Sabu ada perjanjian sulit dengan Mahathir untuk serahkan beberapa kerusi yang bakal PAN tandingi kepada parti Mahathir dan sebagai balasan Mat Sabu akan dapat 'sesuatu - jutaan' dari Mahathir?

By knowing Mat Sabu, by knowing cerita 'Tragedi Hotel Perdana Kota Bharu', Mat Sabu akan buat apa sahaja untuk dirinya 'hidup'!

Beranikah Hadi lawan Mat Sabu?



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top