.... Maksud 'Fiskal' Pun Tidak Tahu, Ada Hati Nak Komen Bajet 2018 | AAKJ



Tersengih-sengih penulis melihat reaksi pihak pembangkang di negara ini selepas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan Negara 2018 baru-baru ini. ‘Gelabah’nya lebih teruk dari biawak lagaknya…

Seperti mana pembentangan bajet tahunan yang sudah-sudah, mereka sedaya upaya memperlekehkan belanjawan yang dibentang Menteri Kewangan. Bukan hanya di zaman Najib sahaja, malah ketika Anwar Ibrahim bentang bajet dulu pun diperlekehkan.

Pada penulis, itu sememangnya sikap pembangkang di negara kita kecuali seorang dua saja yang ‘sihat’ akal fikirannya. Tradisinya mereka memang begitu. Mungkin terlalu sukar bagi mereka untuk membuang sifat buruk yang memalukan diri sendiri itu.

Ada yang mengatakan belanjawan 2018 itu adalah ‘bajet pilihan raya’. Jika benar ‘bajet pilihan raya’, apa masalahnya? Memang tempoh penggal ini akan berakhir tidak lama lagi, bukan? Apa salahnya jika Kerajaan cuba berikan yang terbaik kepada rakyat dan negara?

Sebelum Najib membentang belanjawan, Pakatan Harapan terlebih dahulu cuba tunjuk ‘handal’ dengan bajet alternatif mereka. Maka sudah pasti bajet mereka berupa ‘bulan dan bintang’ sementara menanti respon balas penganalisis ekonomi dan rakyat di negara ini.

Mahu mengaku atau tidak, hakikatnya ramai yang ketawa besar selepas meneliti bajet alternatif Pakatan Harapan. Lucunya mereka bukan kepalang! Para penganalisis ekonomi pula geleng-gelengkan kepala sambil tersengih…

Kenapa? Jika benar pun mahu ‘beli jiwa’ rakyat, tidak perlulah hingga bentangkan bajet yang tidak realistik. Mahu dihapuskan hampir semua sumber pendapatan utama negara, lalu dijanjikan pemberian yang ‘indah-indah’ belaka. Kurang ‘input’, tapi berani janjikan limpahan ‘output’?

Jelas sekali bajet altenatif tidak realistik. Tanpa perlu huraian terperinci, sekali baca pun kita boleh andaikan sedang membaca cereka novel sains fiksyen yang sama sekali tidak mencerminkan hakikat sebenar. ‘Goreng’nya terlebih hangit hingga tidak boleh dihadam…

Berbeza dengan Belanjawan 2018 yang dibentang Najib, ianya menerima respon yang sangat positif dari pakar-pakar ekonomi bebas politik dan hampir semua ahli akademik. Tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’, sebaliknya disifatkan sebagai sangat komprehensif, progresif dan agresif.

Bukan hanya seimbang, namun bajet yang dibentang Perdana Menteri juga disifatkan sebagai ‘berpijak di bumi yang nyata’. Mengekalkan kepentingan rakyat, ia turut mencakupi pelbagai aspek yang membabitkan semua pihak di negara ini, termasuk prospek ekonomi akan datang.

Menariknya, pandangan dan analisis bajet tersebut bertali arus datangnya dari pakar-pakar ekonomi dari dalam dan luar negara, serta ahli-ahli akademik yang diiktiraf, sekali gus menunjukkan kredibiliti pandangan-pandangan yang dikemukakan.

Pada pandangan penulis, para pemimpin pembangkang wajar bersikap seperti Ahli Parlimen DAP, Tan Seng Giaw yang lebih matang dalam memberikan komen terhadap Belanjawan 2018. Dia sendiri memuji bajet yang dibentang kali ini sebagai sangat baik dan berharap agar segala perbelanjaaan itu dibelanjakan dengan berhemah.

Tidaklah berniat mahu mengangkat Seng Giaw, namun bayangan kepada Lee Lam Thye ini jelas adil dan ‘sihat’ menjalankan tugas sebagai wakil rakyat pembangkang. Cuma dari sudut politiknya, mungkin dia agak mudah ‘dibenam’ oleh ‘Dinasti Lim’ pada pemilihan CEC DAP pada November ini. Namun sekurang-kurangnya, dia bercakap yang benar, bukan?

Penulis menyarankan supaya terimalah hakikat bahawa Bajet 2018 yang dibentang Najib lebih meyakinkan berbanding bajet alternatif Pakatan Harapan. Terimalah hakikat bahawa Pakatan Harapan tewas teruk dalam perbandingan antara dua bajet tersebut. Sukar sangatkah untuk akui kelemahan diri sendiri?

Saranan penulis, pihak pembangkang patut cuba belajar untuk menjadi matang dan ‘celik’ ekonomi fiskal. Tengok gaya mereka memberi komen, layaknya bagai lulusan PhD jurusan ekonomi dari Universiti Harvard. Tapi silap-silap, ‘fiskal’ pun mereka tak tahu apa benda, kan?


MyKMU

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top