.... Mahathir Lembu DAP Atau Kit Siang Sudah Dibeli? | AAKJ



Lim Kit Siang berjaya pujuk Mahathir serta 'lembu-lembu' yang lain ke pejabat DAP dengan alasan bermesyuarat di sana dua hari yang lepas.

Lim Kit Siang sebenarnya menhantar isyarat yang jelas kepada pengundi cina dan juga cina Malaysia bahawa beliau berjaya melembukan Mahathir.

Lim Kit Siang sebelum ini dikritik dan dikecam dengan teruk oleh ahli parti DAP khususnya yang berbangsa cina apabila beliau bersetuju melantik Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan pembangkang.


Ini kali kedua Lim Kit Siang yang juga penasihat DAP seumur hidup berjaya kenakan Mahathir. Kali pertama adalah ketika beliau kepanasan dan panik apabila PM Najib membuat kenyataan bahawa Pakatan Harapan adalah di bawah penguasaan Kit Siang dan DAP.

PM Najib bercakap di hadapan perwakilan UMNO seluruh Malaysia di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016. Tambah PM Najib, pertembungan pada Pilihanraya Umum ke 14 adalah di antara Barisan Nasional yang dipimpin UMNO melawan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP.

Kehadiran pertama Mahathir ke mesyuarat DAP dibuat tergesa-gesa oleh Kit Siang dan tidak dialu-alukan oleh ahli DAP


Untuk membuktikan bahawa tanggapan PM Najib itu salah, Kit Siang terus menjemput Mahathir supaya segera datang ke Persidangan Kebangsaan DAP pada bulan Disember 2016.

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook sebelum ini mengumumkan bahawa Mahathir dan partinya tidak dijemput kerana parti Mahathir belum memeterai perjanjian rasmi dengan Pakatan Harapan. Hasilnya, ada perwakilan yang menempelak Lim Kit Siang dan akhirnya ahli DAP tersebut keluar parti. Malah dari kehadiran Mahathir inilah antara punca ahli-ahli DAP mula meninggalkan parti kerana bagi mereka, Mahathir adalah bekas UMNO dan UMNO kekal musuh utama DAP.


Ahli parti DAP melihat Lim Kit Siang seperti tidak waras otaknya. Membuat keputusan tanpa berunding dengan mana-mana pemimpin DAP yang lain kecuali mungkin hanya berbincang dengan anaknya sahaja, Lim Guan Eng.


Mesti ada sebab yang menyebabkan Mahathir sanggup jadi lembu DAP


Jadi untuk menguatkan lagi bukti kepada ahli parti khususnya yang berbangsa cina di dalam DAP, Lim Kit Siang membawa sekali lagi Mahathir tetapi kali ini ke ibu pejabat DAP dan paparkan kepada seluruh ahli parti DAP dan rakyat Malaysia khasnya berbangsa cina bahawa Mahathir kini sudah dicucuk hidungnya oleh Lim Kit Siang dan DAP.

Mungkin itu helah Kit Siang - menampakkan kepada ahli parti DAP yang berbangsa cina bahawa beliau sudah berjaya cucuk hidung dan heret kemana sahaja Mahathir.

Sebaliknya, itu mungkin juga antara perjanjian atau syarat Mahathir kepada Kit Siang - untuk menghantar isyarat kepada pengundi cina DAP bahawa Mahathir adalah ketua dalam kumpulan pembangkang dan semua kena patuh arahannya. Menurut Raja Petra, beliau mendakwa Lim Kit Siang sudah dibeli oleh Mahathir dan sehingga artikel ini ditulis, Kit Siang dan Mahathir berdiam diri dan tidak menafikan dakwaan yang dilihat amat serius ini. BACA di SINI.

Antara dakwaan Malaysia Today:
Mahathir menyogok Kit Siang RM1 bilion supaya dia boleh menjadi Pengerusi Pakatan. Sebahagian daripada perjanjian itu adalah Kit Siang tidak akan ‘mendedahkan apa-apa’ berhubung skandal forex Bank Negara dan Mukhriz akan diberikan kerusi parlimen yang selamat untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. RM750 juta telah dibayar setakat ini dan apabila kerusi Mukhriz disahkan maka bakinya akan dibayar.
Kehadiran Mahathir ke ibupejabat DAP tanda Mahathir sudah jadi lembu DAP atau Kit Siang mendapat laba besar? 

Kalau Pakatan pembangkang kalah, Kit Siang kekal menguasai DAP dan kaya raya (kalau benar dakwaan Malaysia Today) dan Mahathir bersama dengan parti barunya akan bungkus selamanya.

Siapa untung, siapa lembu?



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top