.... Layakkah Dikuburkan Di 'Pusara Negarawan'? | AAKJ



foto sekadar hiasan
Al kisah di sebuah negara yang aman makmur penduduknya. Negara tidak terlalu kecil saiznya dan tidak terlalu padat jumlah orangnya.

Nak dijadikan cerita bualan warganya. Dalam barisan bekas Pemimpin No 1 negara tersebut, ada seorang mantan yang yang terlalu lama memerintah. 20 tahun beliau kuasai kerusi Presiden.

Yang jadi cerita, di penggal pertama lagi si bekas ini mula mengatur licik anak-anak dan kroni-kroni supaya berada di dalam carta yang terkaya di Asian dan juga di dunia. Agak jelik dan pelik, si bekas ini hanyalah individu yang biasa-biasa sahaja sebelum menjadi Presiden.

Makin memanaskan cerita, si bekas sedikit pun tidak pernah menjawab apabila warganya bertanya dari mana hasil kekayaan anak-anaknya dan kemewahan yang super itu tidak menjangkau dek akal jumlahnya. 

foto sekadar hiasan
Kalau si cucu bekas pun mampu pakai beg tangan berjenama Berkin yang berharga RM300 ribu, mampu bawa kawan-kawan bercuti di atas bot super mewah dan belayar di laut negara yang matawangnya jauh berlipat kali ganda mahalnya dari Ringgit serta sehelai pakaiannya sama dengan harga 100 helai pakaian eksekutif - anda boleh bayangkan tahap super kaya anak dan cucu Presiden itu?

Itu bab kehidupan super kaya Presiden, anak-anaknya dan kroni-kroninya. Masih menjadi misteri lagi sehingga ke hari ini bagi keseluruhan warganya.

Yang bertambah jelik dan memalukan. Bekas Presiden ini tiba-tiba keluar dari parti yang menguasai kerajaan selama ini. Tiada alasan yang kukuh. Kalau beliau menggunakan alasan anaknya dipecat dari jawatan ketua kerani maka itu adalah alasan paling bodoh sekali.

foto sekadar hiasan
Sebenarnya itu bukan kali pertama bekas ini keluar parti yang menjadi asbab beliau menjadi Presiden. Banyakali bekas ini keluar masuk, seperti kanak-kanak merajuk - diberi lolipop, merangkaklah datang dan bila habis lolipop - mulalah merajuk kembali.

Alasan apa sebenarnya? Sebelum bekas keluar parti, bekas pada mulanya memberitahu warga beliau ingin tukar Presiden baru dan menyeru semua ahli parti menyokongnya - malangnya ahli parti tidak bodoh dan hanya yang bodoh sahaja percaya alasan bekas maka natijahnya, 3 4 warga saja membontoti bekas yang akhirnya bekas membuat keputusan keluar parti dan menubuhkan parti baru - PARTI HAIWAN.

foto sekadar hiasan
Jadi, apakah alasan sebenarnya bekas ini keluar, menubuhkan parti sendiri dengan jumlah ahli yang samar jumlahnya dan bergabung dengan parti lawan yang selama 20 tahun bekas meludah pemimpin No 1 parti tersebut. Khabarnya sebelum parti lawan itu terima parti haiwan, bekas kena jilat balik segala ludahnya dahulu, mengangkat bos parti lawan ke langit dan bekas kena bayar RM1 bilion - duit tol masuk 'geng'.

Anda masih tidak dapat meneka dengan mudah kenapa atau apa alasan sebenarnya bekas tubuh parti haiwan?

Dalam dunia ini, Allah swt ada sebut di dalam quran - yang menjadikan manusia hilang pedoman dan bergaduh sesama sendiri adalah kerana Wanita, Kuasa dan Harta.

Kini setelah bekas menubuhkan parti haiwan, warga sudah boleh mencium apa dan kenapa bekas berkelakuan demikian. Bekas juga mula menuduh secara semberono, bekas memfitnah sesuka hati dan pelbagai lagi bekas buat. Aksi bekas sama sahaja dengan aksi-aksi bekas sebelum ini, merajuk dan bagi lolipop maka bekas akan merangkak datang - sejuk kembali.

Namun apabila bekas merajuk keluar parti dan menubuh parti sendiri serta bergabung dengan parti yang bekas ludah dan jilat kembali maka warga sudah tahu - mesi ada sesuatu yang bekas minta tapi bekas tak dapat:-

Bekas minta wanita?
Bekas minta kuasa?
Bekas minta harta?

Warga sedang hangat berbincang di wakaf 'tiga amah' - di mana bekas akan dimakamkan apabila bekas meninggal? Dulu dia negarawan dan adakah peruntukan dalam perlembagaan negara atau tatacara negara antah berantah - "perlucutan taraf" negarawan apabila seseorang yang berpangkat negarawan mula memburukkan negara sendiri dengan jelas dan aktiviti burukkan negara sendiri berlaku di dalam dan di luar negara kayangan ini.

What say U?

Part I

Kisah ini berlaku di negara antah berantah dan tidak terkait langsung dengan apa yang terjadi di Malaysia atau negara-negara jiran (bimbang juga takut depa kecik ati) - nun jauh di kayangan letaknya negara yang dikisahkan ini.






Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top