.... #KlentongBasi: Foto Penguatkuasa MBPJ Jadi Urusetia Himpunan Haram? | AAKJ




Samada mereka ini diarahkan atau sememangnya secara sukarela, satu jawapan yang konkrit perlu dijelaskan kepada rakyat Selangor memandangkan mereka menikmati hidup bersama anak bini dengan gaji dari wang rakyat.

Himpunan haram atas nama 'kleptokrasi' kononnya memperjuangkan nasib rakyat yang di adakan secara haram - tanpa permit pihak polis di padang MBPJ dari petang hingga ke lewat malam ini hanyalah 'drama' demostrasi yang sama seperti nama-nama yang lepas - siri "Bersih" dan lain-lain.

Hanya yang ada tag nama 'urusetia' himpunan sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan khas
Pembangkang cuba 're-branding' jenama Bersih kerana kumpulan pengasas demostrasi haram Bersih majoritinya tidak menyokong kemasukan Mahathir dan parti yang baru ditubuhkannya ke dalam gabungan yang diterajui DAP. Lim Kit Siang peduli apa kepada golongan yang cuba membenatah ini? Bagi Kit Siang dan DAP, semua keputusan dari blok pembangkang hanya datang darinya dan bukan dari kumpulan minoriti atau serpihan yang wujud di dalam pembangkang.

Ada yang berpendapat, Kit Siang sudah terjerat dan sehingga kini Kit Siang tidak nafikan dakwaan dari Malaysia Today bahawa Mahathir 'sudah membeli' Kit Siang dengan harga RM 1 bilion. Dan himpunan hari ini adalah antara yang perlu dibuat oleh Kit Siang dan DAP bagi 'menobatkan' Mahathir menggantikan Anwar sebagai lembu baru DAP.

Baca: Mahathir Rasuah Kit Siang RM1 Bilion Untuk Jadi Pengerusi Pakatan.

Foto-foto kiriman netizen yang melalui jalan tersebut mula tular dengan pelbagai cemuhan.

Timbul banyak pertanyaan di kalangan warga setempat, kenapa pegawai penguatkuasa yang beruniform seolah 'bekerja' keras menjaga pintu masuk ke tapak program? Adakah mereka buat kerja 'part time' atau mereka diarahkan oleh 'bos' mereka atau ada arahan khas dari pejabat Azmin Ali?

Untuk rekod, sehingga artikel ini ditulis, pihak polis masih kekal tidak membenarkan himpunan ini diadakan dan pihak MBPJ membenarkan harta rakyat Selangor - ppadang tersebut digunakan.





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top