.... Kenapa PAS Lantik Pemimpin Yang Gagal Untuk Uruskan Fastaqim? | AAKJ



Mantan Pesuruhjaya Pas Satipul Bahri Mamat yang baru dipecat yang sering melontarkan fitnah di laman Facebooknya kini kembali dengan penipuan terbaru sempena dengan program Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal kelmarin.

Dalam posting terbaru beliau mendakwa kehadiran lebih 200 ribu orang di atas tanah seluas 50 ekar adalah tidak masuk akal atau dalam loghat orang Terengganu ‘dok dang mikir’.

Kenyataan tersebut jelas disangkal oleh orang kampong sekitar Kampung Tok Jembal kerana jika dihitung luas 50 ekar adalah bersamaan 50 buah padang bola sepak dan ia terbukti kenyataan tidak benar yang hanya mahu mengelirukan ahli parti sendiri dan rakyat Malaysia.

Ia menujukkan Satipul tidak pandai mengira dan hanya tahu meletak angka semata-mata.













Jumlah 8 ribu motosikal juga tidak munasabah kerana tak sampai 500 buah sahaja motosikal yang bersesak di atas Jambatan Sultan Mahmud yang jelas menyusahkan pengguna jalan raya lain dengan suasana bising deruman ekzos oleh mat rempit Pas.

Satipul sepatutnya tampil menjelaskan isu viral kelakuan buruk oleh pengunjung Fastaqim yang mengotorkan pantai dengan membuang najis merata-rata tempat yang tidak menggambarkan sifat Islamik yang mereka laungkan selama ini.

Beliau juga wajar mendedahkan berapa jumlah kutipan derma yang diperoleh sepanjang dua hari program berlangsung dan ke manakah duit tersebut dibelanjakan bagi mengelak disalah guna atau dikebas oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.


SUMBER

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top