.... JAKIM Perlu Dihapuskan - Bekas Timbalan Pengerusi 'Bersih' | AAKJ



JAKIM perlu dihapuskan dan dimansuhkan, demikian gesaan Mantan Timbalan Pengerusi Bersih, Sarajun Hoda Hassan baru-baru ini. Sarajun Hoda juga menyatakan sokongan beliau terhadap kenyataan ahli G25, Tawfik Ismail yang sebelum ini pernah menuntut pemansuhan JAKIM. 

“Saya menyokong Tawfik Ismail. JAKIM menjadikan Islam bahan jenaka, ia sepatutnya dihapuskan dan dimansuhkan. 

Mereka menjadikan kehidupan orang Islam sengsara dengan pengawasan moral yang tidak ada di dalam al-Qur’an.” 

Selain daripada itu, Sarajun Hoda juga mendakwa bahawa Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negara sekular. Rentetan dari penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara sekular, Sarajun Hoda turut mencabar UMNO dan PAS untuk melangkah ‘mayatnya’ sekiranya ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. 

“UMNO dan PAS nak jadikan Malaysia negara Islam? Langkah mayat kami dahulu.” Dalam mengulas berkenaan isu tauliah, Sarajun Hoda dengan nada sinis menulis, Tuhan sendiri juga boleh ditahan oleh Jabatan Agama sekiranya berceramah tanpa tauliah. 

“Sekiranya Allah sendiri atau Nabi Mohamed turun ke bumi untuk berkhutbah, mereka terlebih dahulu perlu memohon tauliah dari Jabatan Agama, dan sekiranya tidak ada tauliah mereka (Allah dan Rasul) juga akan ditahan.”


menara



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top