.... Himpunan "Klepek": Kenapa Mahathir Bukannya Anwar | AAKJ





Mudah sahaja bukan? Kit Siang gantikan lembu DAP, dari Anwar kepada Mahathir. Semuanya kerana DAP yang memimpin pakatan pembangkang selama ini.

Pelbagai nama yang DAP gunakan sebagai alat untuk membuka laluan kepada tercapainya hasrat DAP menjadi parti dominan dan akhirnya wakil merekalah yang akan menjadi Perdana Menteri dan memegang kementerian strategik negara.

Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan (maafkan Aakj sekiranya ada nama gabungan yang tertinggal) kesemuanya berbeza hanya dengan keahlian gabungan sahaja dan yang kekal di dalam gabungan tersebut hanyalah DAP. Baru sekarang rakyat Malaysia sudah jelas siapa sebenarnya selama ini mempergunakan siapa - Siapa Lembu Siapa.

Dua beranak yang menguasai DAP dan terlalu kebal, siapa sebenarnya di belakang mereka?
Bagi DAP mudah saja - hanya dengan bergabung sesama pembangkang, barulah UMNO BN akan tumbang namun itu dan yang tersirat, DAP akan memerintah dan seterusnya menjadi Perdana Menteri bukan perkara baharu. Ianya sejak DAP sentiasa mendominasi gabungan parti pembangkang.

Cara DAP memilih lembunya mudah sahaja, mana-mana yang 'nampak' akan memberi pulangan undi terutamanya kepada DAP maka akan diberi tempat istimewa untuk sementara waktu dalam gabungan pembangkang.

Hadi Awang bukan sekali jadi lembu DAP dan Anwar juga terpaksa merangkak meminta DAP jadikannya lembu dalam pakatan pembangkang - semuanya kerana melihat DAP boleh 'memberikan' mereka sesuatu - UNDI dan akhirnya KUASA.

Politik haiwan atau haiwan politik atau keduanya
Dalam kes Anwar agak unik sedikit, Anwar perlukan DAP bukan sekadar membalas dendam terhadap Mahathir ketika itu tetapi juga untuk membersihkan namanya yang terpalit dalam sejarah jenayah yang amat memalukan negara - Bekas Timbalan Perdana Menteri meliwat pekerjanya sendiri.

Putaran menjadikan rakan politik sebagai LEMBU terjadi lagi sekali dan nampaknya tidak akan terhenti setakat Anwar, isterinya dan anak perempuan Anwar dijadikan lembu oleh Kit Siang dan DAP.

Kini giliran Mahathir pula. Mungkin ada benarnya dakwaan Malaysia Today bahawa Mahathir dipilih menjadi lembu DAP bukanlah sebenarnya "pilihan" tetapi ada kos yang terlibat dan jumlahnya bukan seringgit dua - RM1 bilion. Baca Mahathir Rasuah Kit Siang RM1 Bilion Untuk Jadi Pengerusi Pakatan.

Dan mungkin sebahagian daripada syarat yang diberikan oleh Mahathir bahawa mulai dari beliau dilantik menjadi Pengerusi pakatan pembangkang, segala bentuk aktiviti yang besar akan diketuai olehnya dan bukan oleh Presiden pakatan pembangkang, Wan Azizah seperti sebelum ini. 

Kalau dahulunya di dalam apa juga demostrasi, Wan Azizah akan dinampakkan sebagai ketua bagi gabungan pembangkang bagi simbolik kononnya itulah Anwar Ibrahim. Kini setelah Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah dilihat tidak dapat memberi apa-apa impak kepada kekuatan pakatan pembangkang, dan semestinya "tawaran" dari Mahathir seperti yang didakwa oleh Malaysia Today - Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah dibuang ke tong sampah.

Rakyat Malaysia pelik, kenapa ada lagi yang berkuasa dari Presiden? Kalau dalam PAS, ada Majlis Syura Ulamak yang akan membuat keputusan penting parti, dalam pakatan, Mahathir sebagai kata pemutus atau Mahathir adalah lembu baru Kit Siang? Yang untungnya Kit Siang dan kemudian baru DAP. Untung Kit Siang kerana dakwaan RM1 bilion, untung DAP apa?

Mungkin dedak dari Anwar kepada Kit Siang punca Anwar serta keluarganya digantikan dengan Mahathir dan keluarganya?
Azmin Ali, Rafizi dan keseluruhan kepimpinan PKR tidak mampu angkat kepala untuk membantah keputusan Lim Kit Siang dan Himpunan atas nama 'Kleptokrasi' bagi menggantikan jenama terdahulu seperti Bersih adalah himpunan untuk menobatkan secara rasminya bahawa Mahathir adalah lembu baru bagi menggantikan Anwar Ibrahim.

Azmin mungkin terpaksa akur kerana telornya sudah dalam simpanan Kit Siang dan DAP, dosa Azmin dalam poket mereka?

Rafizi hanya cukup diberikan umpan sebuah lori sebagai pentas politik dan sedikit sumbangan mungkin dari DAP untuk selesaikan pembayaran saman, ada baki lagi RM1 juta lebih boleh bersara secara aman pada PRU ke 14 nanti.

Wan Azizah dan Nurul Izzah hanya mampu angguk sekiranya mereka masih berminat untuk menjadi proksi Anwar dan bergantung kepada DAP untuk kemenangan seterusnya kelak di kerusi masing-masing.

Bagi rakyat Malaysia yang sudah matang politik tanah air, himpunan yang dibuat oleh pembangkang hanya perhimpunan sesama mereka dan tidak ada sedikit pun kesan kepada kehidupan rakyat negara ini. Sekada bertukar label kepada himpunan dan akhirnya yang mendapat laba adalah Kit Siang dan DAP.

Tunggu dan lihat siapa pemimpin pembangkang yang hadir - dan bandingkan atau lihat apa yang mereka buat kepada rakyat di kawasan mereka.

Khabarnya di himpunan 'klepek' ada disediakan makan percuma untik 100 ribu orang. Siapa yang keluarkan belanja? Anda tidak sukar untuk menekanya bukan?

Bolehkah himpunan yang bakal berlangsung ini dapat menutup skandal duit rakyat hilang RM30 bilion yang diperjuangkan oleh Lim Kit Siang dan Kit Siang secara konsisten menuduh Mahathir terlibat dalam kehilang duit rakyat melalui perjudian forex Bank Negara?

Siapa Kleptokrasi sebenarnya? Kata orang tua-tua, pencuri akan sentap terlebih dahulu dan menuduh orang lain mencuri!



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top