.... Hapuskan Sultan: Kenapa Tiada Tindakan Undang-undang Terhadap Wan Ji? | AAKJ



Penceramah bebas, Ustaz Engku Ahmad Fadzil melahirkan tanda tanya berkenaan pelantikan Wan Ji Wan Hussin sebagai Pegawai Penerangan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Ini disebabkan oleh Wan Ji pernah dirakamkan membentang perancangan untuk menghapuskan institusi kesultanan di Malaysia menjelang tahun 2030. 

Berkenaan hasutan berat yang pernah dilakukan ini, Ustaz Engku Ahmad Fadzil mempersoalkan tentang ketiadaan tindakan daripada pihak berkuasa ke atas Wan Ji Wan Hussin. 

Beliau juga meminta pandangan daripada peguam-peguam yang sedang berkhidmat dalam profesion tersebut untuk menerangkan secara jelas, di mana kekurangan yang menyebabkan kes tersebut masih belum berjalan. 

“Mungkin ada rakan-rakan di kalangan peguam yang berkhidmat yang boleh terangkan kepada saya apa sebenarnya yang kekurangan di dalam kes hasutan Wan Ji untuk “membuang sultan” sehinggakan tiada tindakan penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan? 

Maklumlah sebagai peguam yang tidak berkhidmat, mungkin sahaja ada faktor-faktor yang terlepas daripada pandangan dan kefahaman saya.” Menurut beliau lagi, tindakan melantik individu yang pernah membuat hasutan yang begitu berat terhadap pemerintah-pemerintah di negara ini terutamanya Institusi Raja-Raja menimbulkan pelbagai tanda tanya. 

“Pelantikan Wan Ji Wan Hussin seolah-olah adalah untuk memberikan satu perencah Islamik kepada tindakan-tindakan dan polisi-polisi kerajaan DAP di Pulau Pinang di mana ianya persis ciri-ciri dan tugas-tugas seorang propagandis.” 

Di dalam posting yang sama beliau juga menyatakan kehairanan kenapa DAP tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap terhadap Encik Razali Abdul Rahman berikutan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan beliau tentang perancangan-perancangan yang telah dijalankan serta bakal dibuat oleh Parti DAP sekiranya mereka berpeluang memerintah.


-menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top