.... Foto Polis Jumpa 2 ekor Kerbau Dalam 1 Kereta | AAKJ



KITA tidak pernah menyangka dua ekor kerbau akan dijumpai dalam sebuah kereta namun itu lah yang berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada jam 5.20 petang peronda lebuh raya yang terserempak dengan MPV jenis Mitsubishi Grandis di km 263 lebuh raya utara-selatan dalam keadaan mencurigakan.

Mereka mengejar MPV tersebut sehingga keluar di Plaza Tol Port Dickson selatan menghala ke Rasah. Pemandu MPV bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran Taman Happy Rasah.

Peronda lebuh raya telah buat pemeriksaan ke atas MPV tersebut dan menjumpai dua ekor kerbau yang dipercayai dicuri dibahagian tempat duduk penumpang belakang MPV tersebut.

Hasil semakan keatas MPV tersebut didapati no pendaftaran yang digunakan adalah palsu. Pihak peronda lebuh raya telah menghubungi Gerakan Seremban untuk minta bantuan dan membawa MPV tersebut ke IPD Seremban untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan juga mendapati kereta itu merupakan kereta klon yang didaftarkan atas nama pemilik asal yang beralamat di Jalan Kebun, Shah Alam Selangor.

Namun begitu menurut semakan, tidak ada kerbau yang dilaporkan hilang. Pihak forensik telah dimaklumkan dalam usaha untuk mengesan dan menangkap suspek.

Berita selanjutnya menyusul kemudian.
PRU14.tv





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top