.... Empat Rantai Emas Disedekahkan Di Fastaqim Bukti PAS Kuat Hadapi PRU14? | AAKJ



Menurut sumber, katanya paling kurang empat rantai emas milik penyokong setia PAS disedekahkan dalam perhimpunan Fastaqim 2.0 dan tidak disebut pula nila barang kemas tersebut.

Kali ini penyokong PAS sendiri lebih cerdik sikit dari dahulu. Mereka mula mempersoalkan apakah natijah perhimpunan ahli PAS dari seluruh Malaysia ini. Ingin tunjukkan kekuatan kepada siapa dan cukupkah dengan bilangan yang dinyatakan oleh sektariat program - 200 ribu itu untuk tawan Malaysia?

Mereka juga turut mempersoalkan jumlah peserta yang hadir. Adakah lojik dengan keluasan sebegitu maka jumlahnya 200 ribu dan bodohlah kalau kiraan berdasarkan aliran keluar masuk - ada sesiapa yang mengira dan yang keluar masuk itu orang berlainankah atau orang yang sama masuk keluar shopping pasar malam?

Penyokong tegar PAS merungut betapa kedatangan mereka dari jauh namun apabila sampai ke tapak program - mereka terkebil-kebil, segala kemudahan tidak disediakan sebaiknya - 60 buah tandas untuk tampung kehadiran 1000 orang pun tidak munasabah.

Tambah memalukan, barangan yang dijual oleh peniaga di karnival tersebut sepatutnya dijual dengan harga rendah dan bukannya mengambil kesempatan terhadap jumlah kehadiran ahli PAS di situ. Kalau selama ini bising memekak harga barangan mahal dengan alasan cukai GST, inilah masa untuk buktikan PAS ada cara rendahkan harga.

Himpunan PAS yang tidak pernah fokus hala tuju selain kutip derma
Slogan baru PAS - 'Hijau Menuju Kemenangan' juga turut dikritik oleh ramai peserta yang hadir serta penyokong PAS yang berada di seluruh negara. Mana perginnya slogan Islamik? Apa kena mengena hijau dengan kemenangan. Siapa yang bagi idea buruk ini kepada Presiden PAS yang dalam keadaan tidak berapa sihat dan tidak mampu berfikir seperti dahulu?

Slogan terkini PAS itu mengingatkan mereka kepada bagaimana PAS ketika berada di tapak kaki DAP sebelum ini. Hilang sudah "Kepimpinan Ulamak", "Hudud" dan "Negara Islam"? Kini berjuang atas nama warna?

Ada peserta dengan jujur mengeluh, tiada pembaharuan dalam siri kedua Fastaqim ini. Masih berkisar ceramah politik membedal sesama sendiri dan mengutuk pihak lawan tanpa bukti. Tiba-tiba Husam Musa pula jadi nama popular di perhimpunan kali ini. Bukannya nak bagi tazkirah agama untuk naikkan semangat tetapi masih ditakuk lama. Ahli sudah muak.

Menurut pengarah program, mencapai target kutipan - apakah ini fokus himpunan?
Malah himpunan ini bukannya kayu pengukur kekuatan PAS bertanding di PRU14. Tidak boleh dijadikan langsung pengukur kerana jumlah sebenar bukannya seperti yang didedahkan oleh pihak sektariat dan yang datang dengan bas bukannya dari Terengganu sahaja tetapi dari seluruh Malaysia. Bohong je semua tu.

Paling bodoh, cara untuk orang ramai hadir di malam finale - sebarkan mesej kononnya ramai orang penting kerajaan atau bekas pegawai kerajaan nak masuk PAS - akhirnya kosong!

PAS bakal berkubur di PRU14 kata PAN
PAN akan ambil alih Kelantan kata Mat Sabu
PAN lebih Islam dari PAS

Akhirnya fastaqim jadi FAST TALKIN untuk PAS!

Mujur tiada yang kena petir dan sepatutnya bersyukur.

Baca juga: Kenapa PAS Lantik Pemimpin Yang Gagal Untuk Uruskan Fastaqim?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top