.... Cerita Isteri Pemimpin Jual Seluar Dalamnya Satu Fitnah | AAKJ



Ceritanya mungkin agak pelik dan lucu tetapi inilah yang berlaku di Zimbabwe apabila berita pihak polis negara Afrika itu menahan seorang wartawan kini mencetuskan kontroversi.

Media antarabangsa melaporkan kisah Kenneth Nyangani, pemberita sebuah akhbar persendirian, NewsDay dicekup hanya kerana berita isteri Presiden Robert Mugabe menjual seluar dalam terpakainya kepada penyokong.

Peguam hak asasi mendakwa laporan mengenai kegiatan dilakukan Grace Mugabe tersebut menyebabkan wartawan berkenaan terpaksa ditahan oleh polis di Mutare, sebuah bandar raya timur Zimbabwe pada malam Isnin lalu.

Dia bakal didakwa kerana jenayah fitnah namun organisasi guaman tempatan itu mendakwa Nyangani belum dihadapkan ke mana-mana mahkamah lagi selepas berita lucu tersebut disiarkan oleh NewsDay pada Isnin lalu.

Dalam laporan akhbar berkenaan, seorang penggubal undang-undang parti pemerintah Zanu-PF, Esau Mupfumi menyatakan pakaian dalam terpakai itu didermakan Grace pada hari minggu lalu kepada kumpulan penyokongnya.

“Saya bertemu Wanita Pertama Zimbabwe dan diberikan pakaian tersebut supaya saya boleh memberikan kepada sesiapa termasuk anda sendiri kerana banyak seluar dalam dipakain tidak sesuai dengan bentuk tubuh badan.

“Sila segera datang untuk berjumpa dengan saya dan ambil seluar dalam hasil koleksi peribadi sumbangan isteri presiden ini, kami juga malah ada sejumlah gaun malam, sandal dan kemeja,” kata Mupfumi dipetik NewsDay.

Ekonomi Zimbabwe ketika ini amat teruk menyebabkan ramai rakyat yang miskin terpaksa beli pakaian terpakai kerana lebih murah di pasaran, kebanyakan diimport dari Barat dan dibawa masuk menerusi jirannya, Mozambique.

Pemerintah Zimbabwe perna mengharamkan penjualan pakaian terpakai pada 2015 lalu sebelum kemudian ditarik balik ekoran bantahan keras daripada akyat dan harga produk yang baharu pula jauh amat mahal untuk dibeli.

Negara di rantau selatan benua Afrika itu turut berdepan masalah kekurangan bekalan wang tunai di pasaran selain isu kadar pengangguran yang tinggi akibat dasar ekonomi rejim Mugabe yang sudah puluhan tahun memerintah.

Badan hak asasi antarabangsa, Amnesty International menggesa pembebasan Nyangani dan mendakwa tindakan kerajaan itu sebagai memalukan selain juga mengganggu kebebasan kewartawanan. – Agensi/Mynewshub

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top