.... Bukan Satu Masalah Ahli PAS Sokong Pakatan Harapan - Mahfuz Omar | AAKJ



Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan sujud syukur sekiranya tidak dicalonkan mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Mahfuz yang sudah empat penggal menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau dari awal-awal lagi memang bercadang untuk menolak menjadi calon sekiranya ditawarkan PAS pusat.

Katanya, beliau tidak berhasrat untuk menjadi wakil kepada parti yang tidak bercadang menjadi kerajaan, sebaliknya hanya mahu menang 40 kerusi sahaja.

"Saya sujud syukur kalau tak dicalonkan dan jika ditawarkan sekalipun, saya akan menolak namun, saya masih kekal dalam PAS sehingga kini.
"Saya ingin menghantar mesej kepada semua ahli PAS bahawa tidak menjadi masalah jika menyokong Pakatan Harapan (PH) walau dalam PAS kerana kita mahu perubahan kerajaan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan diketengahkan sebagai calon mewakili parti itu dalam PRU akan datang berikutan tindakannya yang cenderung menyokong PH.

Mohd Amar juga memberi amaran bahawa pemimpin lain yang secara terbuka menentang PAS juga tidak akan dicalonkan lagi dalam PRU.

Di Kedah, selain Mahfuz, dua lagi pemimpin PAS iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Aminuddin Hamzah dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustaffa juga dilihat cenderung ke arah menyokong PH apabila mereka menghadiri Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (PAN).

Mohd Nasir ketika dihubungi berkata, beliau hadir sebagai tanda persahabatan namun hakikatnya beliau masih lagi ahli PAS.

"Saya masih ahli PAS namun, terdapat dua pertimbangan saya menghadiri konvensyen itu ialah hubungan persahabatan yang lebih besar daripada politik.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi, berkata kehadiran mereka berdua ke konvensyen terbabit atas kapasiti sendiri, sekaligus tiada kaitan dengan PAS.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan nasib dua ADUN terbabit kepada PAS pusat sama ada mereka masih akan dicalonkan pada PRU akan datang ataupun sebaliknya.

"Ia kuasa PAS pusat dan kita akur sekiranya pucuk pimpinan tidak mahu calonkan mereka pada PRU akan datang," katanya.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top