.... Bajet Bayangan, Bajet Bayang-bayang Atau Bajet Gila Bayang? | AAKJ



10 Sebab Bajet Bulan Bintang Pembangkang Merapu, Tidak Praktikal.

Dari facebook: Madi Azmadi
1) GST kadar sifat, SST diperkenal semula.

PH akan mengekalkan GST (kini 6%) tetapi berkadar sifar. Mereka akan memperkenalkan semula SST (10% atau 10% + 6%). PH mensasarkan kutipan SST sebanyak RM16.5b (berbanding GST RM42b). Penghapusan GST kelak tidak mungkin mengurangkan harga semasa barangan. Ditambah dengan pengenalan semula SST, harga barangan dijangka melambung naik kerana harga semasa akan ditambah pula beban baru menerusi cukai SST.
.

2) GST kadar sifar merangsang perbelanjaan, CITA meningkat

PH merasakan dengan meletakkan GST pada kadar sifar akan merangsang perbelanjaan individu. Apabila perbelanjaan individu bertambah, maka keuntungan syarikat pengeluar barangan juga akan meningkat. Mereka mengharapkan jika ini berlaku, mereka mampu mengutip cukai pendapatan syarikat (CITA) dengan lebih tinggi. Namun SST yang akan diperkenalkan semula akan menyebabkan harga barangan meningkat. Individu terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal berbanding harga semasa (rujuk point 1). Impian kutipan CITA yang lebih tinggi hanyalah sekadar mimpi.

3) GST kadar sifar akan meningkatkan penjualan rumah dan kereta; kutipan duti eksais, import, setem dan RPGT akan meningkat

Kenaikan harga barangan akibat pengenalan semula SST (rujuk point 2) akan menyebabkan pembelian rumah dan kereta tidak akan meningkat kerana rakyat akan terus berkira-kira untuk perbelanjaan lain, keadaan mungkin lebih parah daripada keadaan ketika ini. Oleh sebab itu, sasaran PH untuk mengutip duti eksais, import, setem dan keuntungan hartanah (RPGT) yang lebih tinggi tidak mungkin akan tercapai. Ini kerana rakyat masih akan terbeban dengan kenaikan inflasi akibat dasar pengenalan semula SST (rujuk point 1).

4) Gaji minimum RM1,500

PH mencadangkan gaji minimum dinaikkan kepada RM1500. Jumlah kenaikan dari gaji semasa akan dikongsi secara bersama antara majikan dan kerajaan bagi tempoh 3 tahun (50:50). Kita tidak boleh nafikan perlunya ada peningkatan gaji pekerja. Sebab itu juga kerajaan memperkenalkan gaji minimum dengan kenaikan yang bertanggungjawab. Tetapi realitinya, peningkatan mendadak sehingga 25% (RM1000 kepada RM1250) akan menyebabkan kesukaran bagi pihak majikan terutamanya kepada pemain industri kecil sederhana (IKS).

Seperti keadaan ketika pengenalan gaji minimum sebelum ini, setiap syarikat dijangka akan menaikkan harga jualan produk mereka kerana kos operasi mereka akan turut sama meningkat. Selepas 3 tahun perkongsian bersama 50:50 tamat, sekali lagi keadaan kenaikan harga akan berlaku. Selain itu, terdapat risiko adanya syarikat yang terpaksa mngurangkan pekerja bagi menampung kenaikan kos operasi mereka.

5) Penangguhan bayaran PTPTN

PH menjanjikan mana-mana graduan yang bergaji kurang RM4 ribu tidak perlu membayar balik pinjaman mereka sehinggalah mereka mencapai jumlah gaji RM4 ribu. PTPTN perlu meminjam dari pelbagai sumber seperti bank untuk mendapatkan dananya. Dana PTPTN tidak turun dari langit. Pinjaman itu pula ada interest yang perlu dibayar. Untuk rekod, kerajaan sehingga kini menjamin RM40 bilion pinjaman yang dibuat PTPTN.

Penangguhan bayaran pinjaman PTPTN bakal menyaksikan kerajaan terpaksa menanggung interest yang terus bertambah. Bagi lepasan ijazah, gaji permulaan mereka mungkin sekitar RM2,600 sehingga RM3,400. Dengan kenaikan purata 5%-10% setahun atau melalui kenaikan pangkat, tempoh masa yang diambil mungkin hanya 3 tahun untuk mencecah angka RM4,000. Tetapi bagi lepasan diploma, gaji permulaan mereka hanya berlegar sekitar RM1,600 sehingga RM2,000. Makanya, masa yang lebih lama diperlukan untuk mencecah RM4,000.

Tempoh masa ini akan menyebabkan liabilti PTPTN dan kerajaan akan terus bertambah (tambahan dari interest) selain perlunya tambahan dana baru kerana PTPTN asasnya memerlukan peminjam untuk membayar pinjaman mereka supaya bayaran tersebut akan dijadikan dana untuk digunakan peminjam baru.

6) BR1M kekal, subsidi gula tidak kembali

Selama ini rakyat dihidangkan dengan ungkapan BR1M senagai rasuah dan dedak dari kerajaan. Bajet alternatif PH akhirnya mengaku BR1M sememangnya telah membantu rakyat, makanya PH akan mengekalkan pemberian BR1M.

Pembangkang juga sebelum ini hebat menghentam kerajaan apabila subsidi gula ditarik, tetapi akhirnya dalam bajet alternatif ini, mereka mengulangi gesaan kerajaan agar rakyat mengurangkan penggunaan gula (mukasurat 28) dan subsidi gula tidak akan dikembalikan.

7) Subsidi minyak dikembalikan bersyarat

PH selama ini berjanji akan mengembalikan subsidi minyak jika mereka memerintah. Dalam bajet ini mereka akan laksanakan. Tetapi jika anda menggunakan kenderaan selain motosikal, kereta Kancil atau Viva, seeloknya anda lupakan terus perasaan nikmat itu. PH hanya akan mengembalikan subsidi minyak kepada kenderaan bawah 1000cc sahaja.

8) Ambil alih semua lebuhraya dan hapuskan tol

PH berjanji akan mengambil alih semua konsesi lebuhraya dan menghapuskan subsidi. Tetapi yang pastinya mereka langsung tak nyatakan dari mana sumber yang mereka akan guna untuk ambil kesemua lebuhraya di Malaysia. Harga lebuhraya PLUS sahaja adalah RM36 bilion. Itu tidak temasuk kos penyelenggaraan jalan, cerun, bukit, lampu yang ada di kesemua lebuhraya jika pengambilalihan berlaku. Tiada perincian bagaimana dana akan diperolehi oleh PH.

9) Hapus rasuah, perbelanjaan dijimatkan

Semua rakyat Malaysia inginkan negara kita bebas rasuah. Pemimpin politik kedua-dua belah blok ada kisah rasuahnya. Di sebelah BN, ada Isa Samad, Latif Bandi dan lain-lain. Di sebelah pembangkang ada Lim Guan Eng, Zahid Md Arip dan Shafie Apdal. Bersalah atau tidak kita biarkan mahkamah tentukan. Tetapi apa yang pasti, kerja naik taraf Kota Darul Ehsan bernilai RM10 juta langsung tidak masuk akal.

10) Hutang negara

Merujuk point 1 sehingga 9 yang mana bajet PH langsung tidak praktikal akibat daripada kegagalan mengutip hasil yang sepatutnya dan perbelanjaan yang akan terus bertambah akibat menjanjikan bulan bintang, elok rasanya dilupakan hasrat PH untuk mengurangkan hutang negara.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top