.... Video Rafizi Kekalkan Tuduhan Mahathir Mengaut Kekayaan Negara? | AAKJ



“Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya. Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” kata Rafizi dan anda boleh rujuk di dalam video di bawah.
Sehingga ke saat ini Rafizi tidak pernah menarik balik dakwaan yang dilemparkan olehnya di pentas ceramah pakatan rakyat.

Rafizi turut mendakwa, anak-anak Mahathir itu merupakan tauke arak apabila kekayaan dikaut selama ini membolehkan mereka membeli kilang arak di Filipina.


Lihat pada tahun berapa Anwar 'join' menyerang Mahathir di dalam isu skandal kehilangan duit rakyat RM30 bilion.
Begitu juga dengan Lim Kit Siang, beliau menyerang dan menuduh Mahathir dengan pelbagai pertuduhan salah guna kuasa sehingga turut mengeluarkan sebuah buku semata-mata menuduh Mahathir bertanggungjawab terhadap kehilangan wang rakyat RM30 bilion melalui aktiviti perjudian forex Bank Negara. Sehingga artikel ini aakj tulis, Lim Kit Siang belum lagi menarik balik segala pertuduhannya selama ini terhadap Mahathir.

Malah paling hina, Anwar juga menyerang Mahathir di dalam isu duit rakyat hilang RM30 bilion sedangkan ketika beliau sebagai Menteri Kewangan, beliau mengaku tentang kerugian Bank Negara dan mempertahankan Mahathir. Bila Anwar dipecat dan menubuhkan parti politiknya sendiri, Anwar menyerang Mahathir berhubung skandal kehilangan duit rakyat yang bukan sedikit jumlahnya itu. 

Rakyat boleh menilai ini sajalah maruah manusia yang menjadikan politik hanya semata-mata untuk memenuhi tembolok masing-masing. Rakyat hanya berada di bibir mereka ketika berceramah sahaja. Hakikatnya, merekalah haiwan politik yang mengamalkan politik haiwan - Keluarga dan kroni diutamakan, rakyat di pinggirkan.

Dan rakyat menunggu kenyataan terbaru Lim Kit Siang, Anwar dan Rafizi serta mana-mana pemimpin pakatan haran jadah terhadap semua pertuduhan mereka selama ini terhadap Mahathir. Manalah tahu apabila menyertai pembangkang maka Mahathir menjadi MAKSUM!

Baca juga: 


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top