.... Video: "Najib Boleh Ditangkap Sekiranya Keluar Negara" - Pembohongan Paling Besar Mahathir | AAKJ




Pembangkang terkangkang bila Amerika Syarikat tidak tangkap PM Najib.

Apa sudah jadi sekarang? Kenapa PM Najib begitu berani ke Amerika yang kononnya Jabatan Keadilan Amerika sedang sibuk menyiasat syarikat 1MDB dan FBI juga tumpang sekaki sibuk mencari kemana konon hilangnya duit rakyat Malaysia di Amerika. 


program sembang santai bersama Trump?
Duit di dalam rumah kita tetapi ada orang dari rumah yang lain dan dari kampung yang lain kata duit kita hilang di dalam rumah dia kerana kononnya ada sedara mara kita curi duit kita dan simpan di sana. Pelik bukan? Jumlah duit kita hanya kita yang tahu dan tiba-tiba ada yang mengaku atau sibuk menjaja cerita duit dari rumah kita ada di dalam rumah si polan atau si anu.

Apa lagi yang Mahathir ingin perkatakan setelah puas keliling kampung berbohong kepada setiap orang kampung yang dia jumpa bahawa PM Najib ada kaitan dengan isi 'kehilangan' wang 1MDB sedangkan pihak yang berwajib sudah pun menjalankan siasatan dan terbukti tiada penyelewangan berlaku di dalam pengurusan syarikat 1MDB. Malah wakil DAP, Dr Tan Seng Giaw sendiri adalah antara individu yang dilantik untuk menganggotai badan penyiasat, PAC. Kata Dr Tan - PM Najib tiada kaitan dengan isu 1MDB waima isu kerugian sekali pun.

Mungkin Trump tunjukkan color tali lehernya kepada Putin supaya Putin tahu bahawa pertemuan mereka berdua tidak penting
Keldai dan lembu siber upahan pakatan harapan sejak dari hari sebelum PM Najib berangkat ke Amerika lagi sudah kelam kabut menyusun fitnah hinggalah ke hari ini dan melihat kepada isu yang mereka bawa untuk alihkan kejayaan lawatan rasmi PM Najib bertemu Presiden Trump, pasukan keldai dan lembu siber pakatan harapan ini gagal total.

Lembu dan keldai siber pakatan tidak sepatutnya merekayasa kononnya lawatan PM Najib bukan rasmi kerana tiada sambutan karpet merah, tidak sepatutnya menjadikan warna tali leher Presiden Trump sebagai signal atau tanda aras peri pentingnya sesuatu majlis yang Trump hadir serta tiada sidang akhbar dibuat walaupun berita kejayaan lawatan kerja rasmi tersebut diterbitkan oleh akhbar perdana dalam talian milik negara kita mau pun portal berita internet di Amerika.

Lembu dan keldai siber pakatan seharusnya menjelaskan kenapa sehingga saat ini PM Najib kelihatan begitu bebas ke sana kemari di tanah Amerika? Mana tangkapannya?

PM dan isteri bebas berjumpa anak-anak Malaysia
PM Najib bukan sahaja sempat bertemu dengan pelajar Malaysia malah PM Najib juga menghadiri program penting bersama korporat 'US-ASEAN' yang berlangsung di bumi Amerika juga. Kenapa tiada kelibat FBI serta kumpulan DoJ datang serbu dan angkut PM Malaysia ini? Takut sangatkah mereka kepada Trump?

Perlu diingat bahawa Trump sendiri tidak mempercayai DoJ yang baginya mempunyai agenda politik dan mereka ini di belakang atau dipengaruhi oleh Hillary, seteru Trump. Pendedahan salahlaku skandal 'email' memalukan Peguam Negara Amerika ketika itu serta ada 'bos' FBI yang korup juga anti Trump.

Kenapa Mahathir sehingga artikel ini ditulis masih menyorok? Mana dakwaan beliau seperti video di bawah bahawa PM Najib boleh ditangkap di luar negara?

PM Najib bebas buat perjumpaan dengan siapa sahaja di Amerika tanpa perlu Trump ada di sisi
Dalam video di bawah juga Mahathir berkata PM Najib boleh ditangkap sekiranya keluar dari Malaysia berikutan daripada siasatan antarabangsa mengenai penyucian duit (money laundering) dan 1MDB yang kononnya sarat dengan skandal.

Mahathir juga berkata bahawa Najib mungkin boleh mengelakkan daripada disiasat di negara ini tetapi tidak di negara-negara luar.


Dengar bagaimana cara Mahathir cuba tanam persepsi jahatnya bahawa PM Najib seolah terlibat dan bersalah serta cuba mengelirukan kononnya duit 1MDB hilang:

“Sekarang ini, undang-undang dunia berbeza dengan dulu, kalau jenayah itu dilakukan di sini, undang-undang sini sahaja terpakai”

“Tetapi jika jenayah itu diadakan di luar negara, negara itu mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.

Mahathir memberikan contoh Presiden Syria, Bashar Al-Assad yang didapati bersalah dan akan ditangkap sekiranya pergi ke negara luar yang bersetuju bahawa beliau bersalah.

“Jadi sekarang ini, kalau didapati oleh Switzerland ataupun negara lain bahawa Najib sudah buat money laundering, jadi mereka berhak untuk menyaman dan menyuruh Interpol tangkap” jelas Mahathir.

“Kalau keluar dari negara mungkin akan berlaku tangkapan. Jadi dia pun kena jail juga tapi seluruh Malaysia la. Dia kena duduk sini tak boleh keluar,”

“Macam mana dia tarik passport orang tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga,” kata Mahathir lagi.


BACA JUGA:
1. PM Najib Meeting Apa Hanya 30 Minit - Keldai Pembangkang
2. Malaysia Bantu Ekonomi USA?
3. Video PM Najib-Trump Buat Pembangkang Menangis

Sepatutya Mahathir lebih runsing fikirkan bagaimana untuk melepaskan diri dari skandal perjudian Forex Bank Negara Malaysia dengan menggunakan wang rakyat. RM30 bilion wang negara hilang bukan satu jumlah yang kecil.

Kesimpulannya, serangan bodoh dari lembu dan keldai siber pakatan bukan sahaja gagal menidakkan kejayaan lawatan kerja rasmi PM Najib ke Amerika tetapi gagal juga untuk menenggelamkan isu skandal kehilangan wang rakyat melalui perjudian Forex Bank Negara Malaysia. Dan yang pasti Mahathir telah pun disepina untuk hadir memberi keterangan di mahkamah isnin nanti.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top