.... Video Mahathir Becakap Dengan Dirinya Sendiri | AAKJ




Tidak hairan kalau Mahathir 'lupa' atau 'tidak tahu' atau 'tidak ingat' kerana itu saja senjata yang tinggal padanya untuk melepaskan diri dari segala dakwaan salah laku ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Apa yang dia ingat hanya memfitnah PM Najib dan apa yang dia tahu sekarang ini adalah bagaimana untuk hancurkan Kerajaan BN.

Apa yang dia tahu adalah untuk memastikan anaknya Mukhriz berada di jawatan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang yang dipimpin oleh DAP menang pilihanraya Umum ke 14 nanti.

Apa yang dia ingat adalah bagaimana untuk membawa balik sesuatu yang mungkin begitu besar nilainya yang masih tersangkut di luar negara. Mungkin sebesar nilai RM100 bilion. Kalau bukan kerana 'benda' yang begitu besar, Mahathir tidak akan berusaha untuk mendapatkan kuasa itu semula samada melalui anaknya atau dirinya sendiri. Segalanya mungkin.

Kalau anda perhatikan, segala ucapannya di mana sahaja semuanya berkenaan dengan apa yang beliau telah lakukan dahulu dan beliau seperti mengalami sindrom lupa atau mungkin lupa diri atau sememangnya sudah lupa.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top