.... Video Lelaki Cina Samseng Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk | AAKJ



SEBELUM ini tragedi amukan yang melibatkan ‘steering lock’ pernah mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan masyarakat negara ini.

Semalam, satu insiden yang sama telah tular dan ‘diabadikan’ melalui sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki mengamuk akibat tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadapnya.

Menerusi video berdurasi kurang daripada lima minit itu, memaparkan seorang lelaki sedang mengamuk kerana terlalu berang dan tidak puas hati dengan tindakan anggota DBKL yang mengunci tayar kereta miliknya.

“Buka uniform! Saya sama you. Mari…Mari!!,” teriak lelaki berkenaan sambil menunjuk lagak ingin bergaduh.

Bukan sahaja mengamuk, malah pemilik kereta jenis perodua, Myvi itu turut menggertak salah seorang pegawai penguatkuasa dengan menggunakan sebatang kayu yang dikeluarkan daripada kenderaan itu.

Bagaimanapun, tindakan kasar lelaki berkenaan telah dihalang oleh dua orang wanita yang dipercayai merupakan isteri dan anak perempuannya.


Insiden tersebut dipercayai berlaku di Jalan Manis 4 yang terletak berdekatan dengan pusat membeli belah, Cheras Leisure Mall.

Rakaman itu secara tidak langsung telah menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen di mana rata-rata antara mereka menghentam teruk tindakan pemilik kereta berkenaan.



Video berdurasi empat minit dan enam saat yang tular itu sehingga kini telah menerima lebih 3,000 tontonan daripada netizen di laman sosial. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Apa keputusan hukuman lelaki tersebut bila pihak polis berjaya memberkasnya..?

      ReplyDelete

     
    Top