.... Tolak DAP, Pakatan Harapan Kerana Pisahkan Agama Daripada Kehidupan - Amanat Hadi Awang | AAKJ




PAS menyeru semua pihak termasuk bukan Islam supaya menolak parti fanatik kaum dan kumpulan yang berkonsepkan sekularisme seperti DAP dan gabungan parti yang menjadi anggota Pakatan Harapan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana DAP dan Pakatan Harapan memisahkan urusan kehidupan daripada agama dan boleh me­nu­kar agama dengan apa sahaja serta menjadikannya alat kepada siapa sahaja demi kepentingan politik sementara.

“Mereka sudah menunjukkan sifat negatif dengan hanya mentadbir negeri, belum lagi negara, dan telah pun menunjukkan perangai yang boleh menempah ketegangan dalam masyarakat majmuk ini, lebih-lebih lagi menunjukkan keberanian mahu merungkai perkara asas dalam kontrak sosial yang telah diikat dalam Perlembagaan Negara.

“Berbeza dengan Pas di Kelantan yang boleh meneruskan perjuangannya walaupun dicekik dan dijerut lehernya, namun tetap tidak dapat dicucuk hidungnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Hadi, Pas juga tidak mengharapkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana tidak mempercayai kepemimpinan gabu­ngan tersebut.

“Pas tidak mengharapkan Pakatan Harapan kerana mengenali semua mereka yang terlibat dengan penubuh­annya, tidak boleh di­percayai ha­ra­pannya.

“Ini kerana mereka hanya bergantung ha­rapan dalam Kabinet bayangan dan konsep matlamat menghalalkan cara yang lemah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menambah, Pas juga tidak perlu terikut-ikut dengan propaganda pihak lain yang kononnya bimbang Pas ditipu oleh UMNO atau UMNO ditipu oleh Pas.

“Islam mengajar penganutnya bahawa urusan ikhlas dan niat menipu tidak mengira Pas atau UMNO dan sesiapa sahaja adalah perkara tersirat yang menjadi urusan ilmu Allah dan balasannya daripada Allah, urusan kita apa yang zahir sahaja,” katanya.

Baca juga di SINI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top