.... Tian Chua Dipenjara Hari Ini | AAKJ



Naib Presiden PKR ,Tian Chua diperintah menjalani hukuman penjara sebulan mulai hari ini setelah beliau menarik balik rayuan akhirnya di Mahkamah Rayuan atas kesalahan tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, lima tahun lalu

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohtaruddin Baki menetapkan demikian selepas Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, selesai membacakan kenyataannya dari kandang pesalah.

Hukuman denda telah dibayar.

Mahkamah Rayuan hari ini sepatutnya mendengar rayuan Tian Chua terhadap sabitan dan hukuman penjara sebulan serta denda RM1,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 30 November tahun lalu.

Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu sebelum ini dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis Deputi Superintenden A. Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak, di ihu negara pada pukul 2.30 pagi, 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top